Thursday 28 March 2013

Sazzy Falak Kongsi Gambar Sambutan ‘Birthday’ BCL





Seperti yang semua ketahui, Sazzy Falak memang bersahabat baik dengan pelakon kacukan Melayu-Inggeris, Ashraff Sinclair yang kini sedang menimpa nama di negara seberang, Indonesia.

Baru-baru ini berlangsung majlis sambutan hari jadi ke-30 isteri kepada Ashraff iaitu penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari atau lebih dikenali sebagai BCL.

Majlis yang diadakan pada 22 Mac bertemakan ‘The Roaring 20′s’ itu turut dihadiri oleh suami Sazzy, Nazril Idrus serta kenalan rapat kepada pasangan Ashraff dan Bunga.

Sazzy juga sempat berkongsi gambar kemeriahan majlis itu di laman Instagramnya, baru-baru ini.


No comments:

Post a Comment