Filem Mencari Cinta
Sekiranya semalam kami telah keluarkan sedutan trailer yang menunjukkan sebuah babak ranjang antara Nora Danish dan Rusdy Ramli menerusi filem “Mencari Cinta,” hari ini aktor berbakat tersebut telah tampil untuk menjelas segala kontroversi adegan panas yang dilakonkan itu.
Menurut Rushdi Ramli dia memang melakonkan babak tersebut, akan tetapi ia sekadar mengikut arahan pihak pengarah sahaja.
“Memang betul saya yang melakonkan adegan itu tetapi saya cuma buat atas arahan pengarah,” jelas Rushdi Ramli menerusi laporan Harian Metro.
Mengulas lebih lanjut mengenai babak panas tersebut, Rushdi Ramli turut akui yang dirinya tidak berdepan dengan sebarang masalah sewaktu melakonkan adegan sebagai suami kepada Nora menerusi filem itu dan tidak menyangka adegan berkenaan akan menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan penonton.
“Saya tidak tahu jika penonton memberi tanggapan adegan itu panas atau sebaliknya. Saya hanya melakonkan watak suami dalam filem ini yang berkahwin atas pilihan keluarga.”