Wednesday, March 20
Cuaca di dunia berbeza-beza mengikut tempat dan iklim sesebuah kawasan tu. Sesetengah tempat akan mengalami cuaca yang luar biasa manakala ada sesetengah tempat lagi bercuaca baik. Keluasan muka bumi nie menjadikannye akan mengalami kepelbagaian jenis cuaca dan kat sini Mr R nak cerita kat korang antara cuaca atau kejadian paling neh yang pernah berlaku di sesetengah tempat kat muka bumi nie.. Jom tengok...
Pertama : Sea Monster Or Spinning Water
Fenomena nie dipanggil ‘air syaitan’ ataupun puting beliung kecil yang berlaku atas permukaan air. Angin akan membawa air ke atas dan membentuk satu saluran di permukaan air. Pusaran air nie akan mengeluarkan bunyi desiran yang menakutkan. Penduduk tempatan menyifatkan kejadian nie seperti seekor raksasa laut muncul untuk makan mangsanye
Kedua : Ice Fall / Ice Bomb
Sudah banyak kejadian hujan batu yang berupa ketulan ais yang saiznye tak lebih besar daripada sebijik bola lisut. Tapi ramai terkejut dengan saiz batu yang jatuh dari langit nie. Beratnye dikatakan melebihi 100 pound dan mengambil masa yang lama untuk cair sepenuhnye. Semasa batu besar nie jatuh, tiada sebarang pergerakan awan di langit dan penduduk tempatan mengagak batu ni jatuh dari kapal terbang tapi tiada jawapan yang tetap sehingga kini
Ketiga : St Elmo’s Fire
Semasa berlakunya ribut kilat, ramai orang dapat melihat dengan jelas bola-bola terbakar menari di atas bot St Elmo. Lebih menghairankan bebola api nie terbentuk di atas palang dan membentuk tanduk lembu dan bebola yang bergemerlapan. Kejadian nie berlaku sebelum berlaku panahan petir
Keempat : Sprites, Jets And Elves, Oh My !
Bertahun lamanye juruterbang-juruterbang melaporkan melihat cahaya berwarna terpancar dari atas awan dan membentuk sekatan. Ahli-ahli sains membuat kajian dan mengesahkan memang berlaku keadaan nie. Dua jalur cahaya kelihatan memancar 50 batu dari atas bumi secara serentak
Kelima : Puting Beliung Api
Walaupun ia tak seganas puting beliung, debunye boleh mendatangkan bahaya. Angin yang hadir dengan kepanasan melampau nie akan menyebabkan udara akan berpusing dan membawa debu yang digelar ‘Debu Jahat’. Pusingan angin nie jugak berkemungkinan boleh menyebabkan kebakaran
Keenam : Sesuatu Dalam Bulan Biru
Kejadian nie sangat jarang berlaku dimana bulan kelihatan kebiruan. Fenomena nie dipercayai berlaku disebabkan kejadian yang berlaku di bumi seperti kebakaran hutan dan letusan gunung berapi yang membias cahaya kepada bulan dan menyebabkan bulan bertukar warna menjadi kebiruan
Ketujuh : Seeing Triple
Kejadian nie berlaku apabila matahari menghampiri horizon dan terdapat awan Cirrus di langit ketika tu. Matahari kelihatan seperti pecah kepada bebrapa bahagian tetapi masih memancarkan cahaya. Cahaya cerah yang dipancarkan matahari telah dipesongkan oleh hablur-hablur di dalam awan
Kelapan : Langit Berdarah
Hujan merah pernah dilaporkan berlaku sejak zaman Rom Kuno lagi. Walaupun hujan nie mendatangkan kegerunan kepada manusia, tapi ia bukalah darah. Ia disebabkan debu atau pasir yang bergerak ke dalam atmosfera bumi dan bercampur dengan air hujan. Campuran nie akan menghasilkan warna merah seperti darah. Eropah dikatakan sering menerima hujan seperti nie kerana banyaknye debu dan pasir dari sahara bertiup ke atmosfera. Selain tu, bunga juga boleh menghasilkan hujan kuning, debu lombong arang batu boleh menyebabkan hujan hitam dan kadang kala debu boleh menghasilkan hujan putih seperti susu
Kesembilan : Greats Ball Is Fire
Sejak berkurun lamanye, ramai orang melaporkan diserang satu keanehan yang selalunye terjadi semasa ribut kilat. Bola terbakar dengan saiz sebesar bola golf dan boleh menjadi sebesar bola bola sepak terapung di dalam ribut dan pastinye akan memeranjatkan sesiap sahaje yang melihatnye. Bola nie tak berbau, tak mengeluarkan haba dan mengeluaraka sedikit bunyi bising. Bola nie akan hialng dengan bunyi ‘pop’ jika berlanggar dengan barang elektrik seperti TV dan boleh juga menghasilkan letupan yang kuat hingga menyebabkan kebakaran. Tiada penerangan saintifik bagaimana kejadian nie boleh berlaku
No comments:
Post a Comment