Wednesday 27 March 2013

Call girl' dicakup


PUCHONG –


Menjadi teman sosial lelaki hidung belang menikmati minuman keras dan boleh diangkut
pulang sekiranya bayaran ekstra dibuat.

Itu khidmat ditawarkan wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di dua pusat hiburan di sini.

Aktiviti tidak bermoral gadis genit yang dipercayai turut menjalankan khidmat ‘call girl’ itu tumpas, apabila kedua-dua premis tempat mereka bekerja di Pusat Bandar Puchong, diserbu, awal pagi semalam.

Ketika serbuan, kesemua GRO terbabit cuba melarikan diri melalui pintu belakang premis namun berjaya dikepung anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Pengarah Jabatan Penguatkuasa MPSJ, Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, operasi bermula jam 12.45 pagi di premis pertama terletak di Jalan Bandar 18.

Hasil pemeriksaan mendapati premis hiburan terbabit tidak mempunyai lesen perniagaan sah dari MPSJ.

Beliau berkata, lapan wanita warga China tidak mempunyai permit kerja sah dan seorang penjaga premis yang cuba melarikan diri dicekup.

Di premis kedua di Jalan Bandar 19 pula, lima warga China tidak mempunyai permit sah untuk bekerja di negara ini berjaya diberkas.

“Tindakan sitaan peralatan hiburan dan penutupan premis dikenakan di kedua-dua pusat hiburan terbabit. Operasi berjaya dijalankan setelah menerima hasil maklumat orang awam,

No comments:

Post a Comment