Thursday, 28 March 2013

INILAH WANITA PEMILIK IMPLAN PINGGUL YANG FAIL (4 GAMBAR)



on 28 MARCH 2013 

Sudah lihat entri Ngeri bila implan Punggung Gagal - di mana 6 gambar bergerak wanita gerak-gerakkan implan di punggungnya agar implan itu membulat semula dan kembali ke keadaan sepatutnya? Nah..inilah wanita pemilik punggung itu. Namanya Renee Talley, bekas penari bogel dan pelayan kelab malam VIP di Las Vegas. Implan gagal itu hampir meragut nyawanya dan dia menyesali perbuatan itu serta ingin orang ramai agar tidak melakukan perkara bodoh seperti itu.

Renee, ibu empat anak ini memberitahu The Sun: “I felt like I was dying — I couldn’t breathe. I was bedridden for four months. All I could do was lie on my stomach. I couldn’t get up and go to the bathroom without feeling like I was going to pass out. And from day one after the surgery my butt felt hot to touch. It was so full of fluid I thought it was going to explode. Then the whole implant flipped — I was so freaked out. I almost died and I’m very lucky to be alive, but my butt doesn’t look good.”

Mimpi ngeri pembedahan kosmetik Renee bermula tiga setengah tahun lalu apabila dia memasukkan silikon black market itu ke punggungnya. Ia juga adalah pembedahan kosmetik haram yang membunuh Claudia Aderotimi, 20, yang terbang ke Philadelphia dari rumahnya di London pada tahun 2011 untuk melakukan benda yang sama.


Selepas empat bulan, Renee yang turut melakukan pembedahan kosmetik di payudara dan bibirnya dimasukkan ke hospital kerana selulitis yang merupakan keradangan tisu lembut, dan C.Diff, jangkitan usus yang mengancam nyawa. Masalah terakhir bagi Renee ialah apabila implan itu boleh digerakkan menggunakan jarinya. Kerana mendapatkan implan murah, Renee harus menanggung kos perubatan sebanyak £200,000. Dia juga akan mengambil tindakan undang-undang pada doktor yang melakukan pembedahan implan gagalnya. Pada akhirnya, Renee melakukan pembedahan pemindahan lemak untuk mengembalikan keanjalan punggungnya.


Read more: http://my.proniaga.net/2013/03/inilah-wanita-pemilik-implan-pinggul.html#ixzz2OqqnzXpH

No comments:

Post a Comment