Nampaknya kandungan pelakon jelita, Fasha Sandha semakin hari semakin sihat dan menerusi laman Facebook miliknya, ramai peminat yang memberikan pujian dan menyatakan Fasha kini kelihatan semakin berseri-seri dan comel. Maklumlah mungkin itu semua aura ibu mengandung.
Meskipun kandungan Fasha semakin membesar, akan tetapi pelakon wanita ini masih lagi aktif melakukan aktiviti hariannya dan tidak menjadikan kandungannya sebagai penghalang untuk dirinya terus aktif keluar bersia-siar bersama suami tercinta.
Menerusi laman Facebook ‘We Love Fasha Sandha,’ pelakon ini banyak berkongsi segala aktiviti harian dan aktif memuat naik segala foto-fotonya untuk dikongsikan kepada peminat-peminat.
Ahad lalu, Fasha Sandha baru sahaja memuat naik beberapa fotonya ketika berada di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort. Menerusi foto tersebut Fasha kelihatan sungguh comel dan terserlah sifat keibuan di dalam diri aktres cantik ini