Siapa yang tidak mengenali Fara Fauzana? Selain gigih dengan kerjayanya sebagai penyampai radio untuk stesen radio Hot FM dan pengacara rancangan Nona, dia juga sentiasa berpandangan jauh apabila sering melibatkan diri dalam bidang perniagaan.
Selepas membuat perniagaan ‘homestay’ yang dikendalikannya sejak tahun lalu, kali ini Fara melangkah setapak lagi apabila bergelar tauke kepada perniagaan makanan yang berasaskan rojak.
Perniagaan yang dinamakan sebagai Rojak Box itu terletak di pusat tumpuan orang ramai di KL Sentral sejak awal Mac lalu.
Dengar kata ramai juga yang singgah membeli di kedainya itu.
Nampaknya bertambah lagi sumber rezeki Fara ya.
Baguslah sentiasa berfikir tentang masa hadapan, penulis suka dengan sikap selebriti sebegini yang sentiasa berpandangan jauh dengan cuba menerokai bidang rezeki yang lain.
Yalah, kita mana tahu nasib kita di masa akan datang kan?
Apapun semoga perniagaan Fara sukses sehingga boleh buka cawangan di tempat lain pula selepas ini.
No comments:
Post a Comment