Thursday 28 March 2013

Pemain Brazil Neymar Dikutuk



Neymar
BAKAT dimiliki penyerang sensasi Brazil dan Santos, Neymar dikagumi ramai pihak.

Malah, beberapa kelab ternama Eropah termasuk Chelsea, Real Madrid dan Barcelona dikatakan berminat menyambar pemain itu sebaik sahaja kejohanan Piala Dunia 2014 berakhir.

Bagaimanapun, pemain kontroversi QPR, Joey Barton mempunyai pandangan berbeza.

Barton yang kini dipinjamkan ke Marseille berkata, tiada apa yang istimewa mengenai Neymar.

Joey Barton
Malah, dengan nada sinis, Barton menganggap pemain berusia 21 itu sebagai 'Justin Bieber' dalam dunia bola sepak.

"Dia (Neymar) hanya nampak bagus dalam Youtube. Realitinya, dia cuma pemain biasa-biasa sahaja.

"Jauh panggang dari api jika mahu disamakan dengan Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo," katanya.

No comments:

Post a Comment