Monday 25 March 2013

PELIK!! IBU KEPADA 5 ORANG ANAK KETAGIH MAKAN SPAN SOFA



Adele Edwards, ibu kepada lima anak ini mempunyai satu hobi yang pelik. Beliau ketagih memakan span yang ada di dalam sofa dan telah mengamalkan hobi ini sejak beliau berumur 10 tahun. Pada tahun lepas saja beliau sudah memakan 7 sofa.


ketagih makan sofa 


“Sejak beberapa tahun lalu, saya sudah makan tujuh sofa. Saya membuka zip alas kusyen dan memakannya. Apabila sudah makan, saya sukar untuk berhenti. Kini, doktor memberitahu jika saya meneruskannya, ketagihan ini akan membunuh saya,” katanya.

Pica merupakan gangguan yang sering dialami oleh kanak-kanak dan ibu mengandung yang kekurangan nutrien tertentu. Ia boleh menyebabkan mereka suka memakan benda-benda seperti kapur tulis, duit syiling, bateri dan tanah.
Dia yang berasal dari Bradenton, Florida Amerika Syarikat (AS) dikatakan telah memakan kusyen selama 21 tahun. Adele dilihat cuba mendapatkan bantuan selepas masalahnya itu sudah tidak dapat dikawal.
 
 
 
 
 
 
Adele mengakui tabiat peliknya itu berlaku kerana tertekan sewaktu ibu bapanya mahu bercerai ketika dia baru berusia 10 tahun. Kini, dia memakan kusyen sebanyak 15 kali sehari

No comments:

Post a Comment