15c30b1a929511e2be6b22000aa80214_7
Pada 22 Mac lalu, pelakon genit, Elfira Loy difahamkan telah terbang ke tanah suci Mekah bagi menjalani ibadah umrah bersama ibu dan adiknya, Ezlisa Loy.
Menerusi laman Twitter milik Elfira Loy beberapa jam yang lalu, pelakon ini telah melaporkan bahawa setelah tiga hari dirinya berada di Madinah, semalam dia telah berangkat ke kota Mekah untuk meneruskan ibadahnya di tanah suci tersebut.
Dalam pada itu, sebelum berangkat ke Mekah pada Jumaat lalu, Elfira telah sempat merakamkan beberapa foto kenangannya bersama ahli keluarga tercinta dan foto tersebut turut dikongsikan bersama peminat di laman Instagram-nya