Tuesday 20 November 2012

Malaysia kena ikat 1-1 dengan Bangladesh



Skuad Harimau Malaya menerima kejutan besar apabila diikat 1-1 oleh Bangladesh dalam perlawanan bola sepak persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.

Anak buah Datuk K. Rajagobal yang bakal mempertahankan Piala Suzuki AFF mulai Ahad ini, mendahului 1-0 menerusi tandukan Khyril Muhymeen Zambri pada minit ke-22 hasil satu sepakan sudut.

Bagaimanapun pasukan pelawat mengejutkan tuan rumah dengan gol penyamaan selepas beroleh sepakan penalti yang disudahkan oleh Jahid Hasan pada minit ke-82.

RONALDO JUAL KASUT EMAS UNTUK GAZA!



Sebelum ini, penyanyi terkenal negara Faizal Tahir bakal melelong semua trofi miliknya untuk misi bantuan Gaza.

Kini giliran pemain bola sepak, Christiano Ronaldo pula yang turut melakukan tindakan yang sama seperti Faizal.

Tetapi bukan trofi yang akan dilelongnya, sebaliknya Kasut Emas yang berharga RM5.5 juta!

Kasut yang menjadi kebanggaanya sepanjang menceburi bidang karier bola sepak akan dijual bagi membantu rakyat Palestin yang kini sedang dalam kesusahan berikutan serangan ganas Israel ke atas mereka.

Anugerah Kasut Emas diterima oleh Cristiano Ronaldo pada tahun 2011 setelah dia berjaya menjadi penjaring gol terbanyak untuk La Liga dengan jumlah sebanyak 40 gol.

Namun, sehingga berita ini ditulis, masih tiada lagi sebarang laporan yang diterima daripada agensi dan media antarabangasa.

Oleh itu, kesahihkan berita ini masih lagi belum benar-benar dapat dipastikan.

Manusia Yang Mempunyai Mulut Terbesar Di Dunia.




Joaquim Francisco, disenaraikan dalam buku ini, Guinness world records, sebagai pemegang mulut elastik terbesar di dunia.












diana danielle sudah sah mengandung....bru 2 minggu kawin


HEBAT! BARU 2 MINGGU BERKAHWIN DIANA DANIELLE SUDAH SAH MENGANDUNGI |  Pelakon dan pengarah filem, Farid Kamil mendapat berita gembira apabila isterinya yang merupakan pelakon popular Diana Danielle disahkan hamil.

Berita tersebut dikongsi oleh pasangan selebriti itu menerusi gambar alat ujian kehamilan Diana yang dimuat naik dalam laman sosial Twitter dan Instagram mereka.

"Hadiah ulang tahun kelahiran yang paling bermakna. Terima kasih kepada Allah S.W.T.," ucap Diana yang dipetik menerusi laman Twitter.

Bagaimanapun, usaha Kosmo! untuk mendapatkan kenyataan lanjut mengenai berita kehamilan itu gagal kerana Farid dan Diana tidak menjawab panggilan telefon.

Pada 3 November lalu pasangan selebriti itu telah selamat bernikah dalam upacara yang berlangsung di Hotel Flamingo by The Lake, Ampang.

Majlis resepsi pasangan itu pula akan diadakan pada 30 November ini di Kuala Lumpur dan diikuti dengan majlis di pihak keluarga Farid di Jitra, Kedah pada 12 Disember.sumber
diana+danielle

termengandung......mampusss




Aku share satu gambar nie yang kalau baca nampak macam kelakar tapi bila renung balik, betul jugak ye. Point aku mudah, jauhi maksiat walaupun dunia kita sekarang nie terlalu global dan open sehinggakan benda-benda maksiat nie boleh dapat kat mana-mana saja. Hujung pangkalnya, macam mana kita nak kawal diri dan nafsu kita sendiri. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya, terlajak perbuatan nasiblah badan. 

Monday 22 October 2012

GARU KEPALA DIKAITKAN DENGAN PELACUR!!!



Alamak!!! Ni apa cerita pulak ni? Kenapa pulak dia nak tarik balik saman yang telah pun dibuat sebelum ni? Takkan la dia takut dengan Kebenaran?

Dalam laporan semalam, Si Ronnie Liu ni katanya telah menarik balik saman yang dibuat terhadap Khir Toyo yang didakwa memfitnah Exco Rejim Pakatan Selangor tu.

Saman tersebut dibuat selepas Khir Toyo mendakwa Ronnie terlibat dalam usaha menghalang penghapusan kegiatan pelacuran di Selangor.

Persoalan dikalangan rakyat ialah kenapa Ronnie tarik semula saman tersebut? Apa yang membuatkan dia mengambil tindakan sedemikian?

Adakah Ronnie takut kes tersebut dibawa ke mahkamah dimana semua kegiatan serta kaitan dia dengan pusat - pusat tersebut didedahkan?

Semua orang tau. Bila kes ni masuk ke mahkamah, bukan setakat satu dua sahaja perkara yang akan timbul. Malah, macam - macam benda yang akan disiasat.

Maka kemungkin besar disebabkan itulah Si Ronnie Liu ni takut nak bawak kes tersebut ke mahkamah dan bersetuju untuk menyelesaikannya diluar.

Tapi, kalau dia ambik tindakan atas alasan macam tu pun kita tak heran sebab puak - puak Pakatan Pembangkang ni memang jenis takut dengan Kebenaran. Sebab itulah diorang sanggup buat apa saja untuk mengelakkan diri!!!

Monday 8 October 2012

siti-nurhaliza-umum-mengandung



MINGGU ini nama Datuk Siti Nurhaliza kembali ke carta panas. Hanya gara-gara menjemput para wartawan, pereka fesyen dan jurusolek untuk berkumpul di rumahnya yang terletak di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur banyak andaian awal terkeluar.

Ada yang muncul dengan andaian penyanyi nombor satu ini bakal mengumumkan kehamilan, tidak kurang juga yang membuat tilikan bahawa Siti bakal menerima menantu. Biasalah apabila terkait dengan Siti, pelbagai cerita akan terkeluar.

Siti yang tenang menyambut tetamu pada Khamis lalu di rumahnya lebih banyak menjemput tetamu menjamah makanan berbanding bertugas. Ketawanya manja dan ayu sewaktu dijolok pertanyaan untuk ditemuramah.


Akhirnya dalam satu sesi meja bulat, penyanyi Bukan Cinta Biasa itu membuka mulut. Semua pertanyaan dijawabnya sambil dia sendiri menjamah makanan. Tiada cerita panas sebenarnya yang mahu ditadahkan. Semuanya berkait kerjayanya dan yang penting dia sedang dalam pantang makan untuk persiapan menjayakan konsert solonya yang bakal dilangsungkan di Bukit Gambang City Resort, Kuantan pada 9 November ini.

Terlebih dulu, Siti sempat menjawab persoalan tentang anak teruna Datuk Khalid Muhammad Jiwa iaitu Ashraf yang bertemu mata dengan aktres Rozita Che Wan. Ashraf bertemu dengan pelakon jelita tersebut secara peribadi di sebuah majlis tertutup untuk mendapatkan kepastian benarkah janda bergetah tersebut mahu mengahwini bapanya yang popular dikenali sebagai Datuk K.

"Saya tahu mengenai perkara itu daripada rakan. Suami pun baru sahaja tahu tentang hal itu pagi tadi (Khamis). Saya faham yang Ashraf tu masih budak lagi. Dia hanya bergurau saja. Saya tidak kisah pun. Sebab budak-budak, biasalah darah panas. Tak ada apa-apa yang serius pun," kata Siti memberi penjelasan.

Lebih ditumpukan adalah persiapan Siti tentang konsert solonya yang bakal diadakan di negeri kelahirannya. Malah untuk konsert tersebut, Siti mengaku sudah mula berpantang dan memulakan senaman yang konsisten untuk menurunkan berat badannya daripada 58 kilogram kepada 55 kilogram.
"Lebih kurang sebulan sahaja lagi sebelum saya membuat persembahan di dalam konsert solo kedua ini nanti. Banyak persiapan yang saya perlu mulakan dari sekarang terutama sekali saya mahu kembali cergas dengan bentuk badan yang lebih kurus," jelasnya.

"Terus-terang saya sudah lama rindu untuk beraksi di pentas yang besar dalam konsert solo selepas konsert yang pertama dahulu iaitu Konsert Satu diadakan di Istana Budaya. Kali ini konsert ini akan adakan di luar Kuala Lumpur dulu dan rasanya ia memberi kelebihan kepada peminat bukan saja di Pahang tapi juga di kawasan negeri Pantai Timur," ujarnya yang sedang memikirkan konsep persembahan bersama penganjur konsert tersebut iaitu Creative Stars.

5 jenis kucing termahal di dunia

Assalamualaikum, dan salam sejahtera.

Dah lame gile rasenye brader x upload entry. Bz sgt beberape bulan ni. Assignment yg bertimbun timbun.. Lol. tp hari ni brader nk kongsi pasal kucing, sbb brader suke kucing . Tp brader x mampu nk bela kucing mahal2 la, kucing kampung ade la. Moh kite bace pasal 5 kucing paling mahal di dunia ~.

1. Persian cat

kucing persia ni ( kucing parsi ) adalah kucing yg berbulu ( ?? ) panjang dan bermuka bulat.Mulut dia pun pendek, jadi, mmg x dpt la wat duckface kt DP fb dorg ( lol ) . Kucing ni di perkenalkan di England selepas perang dunia ke 2. Kucing ni comel dengan keadaan bulu dia yang panjang, tp, bleh jadi mimpi ngeri kepada suri rumah yg mementingkan kebersihan. bulu asik tercabut je. oh ye, bulu kucing ni kadang2 bleh tumbuh sampai 2-3 inci ( ade la dalam 7 cm cmtu ) . rambut brader pun x smpai 2 inci. dem!

2. Siamese cat ( nyaa )

meowwth, that's right!. Kucing ni diyakini berasal dari asia tenggara.. kebanyakan kucing ni , kepala dia berbentuk segi tiga .. Kucing ini ingin diperhatikan. Kucing ini sangat mudah berinteraksi, berbunyi dengan suara serak untuk perhatian atau hanya untuk diajak berinteraksi! Kucing ini cenderung mendapat perhatian ramai atau kuat menangis jika anda mengabaikannya.
Kucing ini ramping dan cergas dengan telinga yang besar. bulu yang pendek dan terletak berhampiran dengan kulitnya. Kucing ini suka dibelai, dan sangat setia dan rapat dengan seseorang. Kucing ini sangat cerdas dan penuh kasih sayang…

3. The Maine Coon cat

The Maine Coon  mempunyai struktur tulang yang besar, dengan bentuk badan persegi, dan bulu panjang menjalar dibadannya. Pembiakkannya dapat dilihat dalam berbagai warna dan dikenali melalui kecerdikannya.
Maine Coons adalah salah satu jenis dalam negeri terbesar.Bagi kucing jantan kebanyakan berat badannya 12-18 paun, pada berat betinanya biasanya 10-14. Kucing ini kuat, lembut dan penuh kasih dengan bulu panjang tetapi tidak memerlukan banyak berhias seperti Persia.
Kucing ini baik akan membuatkan sangat aman dengan anak-anak. Malah menjadi tambahan yang sangat setia kepada keluarga

.4. Abyssinian cat
The Abyssinian adalah jenis kucing peliharaan dengan bulu dicipta sebegitu menarik. Ada banyak cerita tentang asal-usulnya, sering kucing ini berguling di Mesir, tetapi asal-usul yang sebenarnya tidak pasti.
The Abyssinian telah menjadi salah satu yang paling popular keturunan kucing bulu pendek di Amerika Syarikat. Bulu separa-panjang, padat, dan lembut untuk disentuh. The Abyssinian mempunyai bulu yang luar biasa cukup untuk menarik perhatian.
Setiap bulu mempunyai warna asas dengan tiga atau empat jalur berwarna gelap,bulu berwarna lebih terang pada akar berhampiran kulit, dan gelap “ticking” warna di hujungnya. Abyssinians sangat aktif, sibuk dan lucu, dan kucing ini menyayangi manusia.

5. Ragdoll cat

alalala, tomey2.. The Ragdoll adalah salah satu jenis kucing peliharaan terbesar dengan bentuk badan tegap, tapak kaki besar dan seimbang. Kucing ini berkembang biak dengan mata biru dan bulucolorpoint yang berbeza. Ini adalah kucing semi-artis besar dan berotot dengan bulu yang lembut dan halus.
Dikembangkan oleh penternak kontroversial Amerika Ann Baker, yang terbaik adalah dikenali dengan sifat yang jinak dan tenang dan sifat kasih sayang.
Kucing ini sangat lembut, santai dan penuh kasih sayang. Ragdoll yang sempurna untuk peliharaan di rumah atau di mana-mana.Kucing ini begitu jinak sebaliknya berbahaya untuk ditinggalkan di rumah sendirian kerana kucing ini tidak dapat mempertahankan diri jika diserang haiwan lain.



p/s : tgk kucing ni lawa2 jgk. tp kucing kampung lagi lawa. haha 


Sunday 7 October 2012

/shila-amzah-semakin-ayu-bertudung.


Semenjak memenangi kejuaraan Asian Wave 2012 baru-baru ini, Shila Amzah memang super duper busy. Mana taknya, hampir kesemua stesen radio dan TV ingin menemuramah Shila Amzah mengenai kejayaannya itu. Semoga dengan kemenangan ini, kepopularitian Shila akan semakin meningkat dan lebih awesome di masa depan.
shila amzah
Apa pun Abang Nara makin suka melihat keayuan Shila Amzah semenjak tampil dengan imej bertudung. Cantik-cantik tudung yang digunakan oleh Shila. Abang Nara perasan yang Shila suka gunakan tudung ber”printed”. Memang sesuai sangat dengan gaya dan style Shila yang happy go lucky.
shila amzah
shila amzah
shila amzah
shila amzah
shila amzah
shila amzah
shila amzah
shila amzah
shila amzah
shila amzah
shila amzah
shila amzah
shila amzah
shila amzah

/trend-terbaru-gadis-di-jepun-membuat.taring agar lebih keliatan comel


Di sesetengah negara mereka melakukan perkara yang sedikit berbeza, dan lelaki mempunyai rasa yang sangat unik apabila ia datang kepada wanita mereka.

Di Jepun, ada sesuatu yang dipanggil yaeba, (literal bermakna gigi dua) yang merujuk kepada melanjutkan dan mengasah gigi taring wanita. Selama ini bengkok dan fang seperti gigi memandang rendah di dunia Barat, di Jepun mereka dianggap comel oleh kebanyakan lelaki.









tempat-tidur-paramugari-semasa.penerbangan jauh


Takkan mereka tidur di atas bangku, jadi bilik sebegini disediakan untuk mereka.