Wednesday, 3 April 2013

5 SUNGAI PALING BAHAYA DAN MENYERAMKAN DI DUNIA




5 SUNGAI PALING BAHAYA DAN MENYERAMKAN DI DUNIA-Sungai ialah laluan air tawar semulajadi yang akan terus mengalir ke arah lautan, tasik atau sungai yang lainnye. Sungai-sungai kecil juga boleh digelar anak sungai dan alur.  Pelbagai hidupan air yang hidup di dalam sungai. Ade yang boleh bagi manfaat kepada kite, ade jugak yang boleh mendatangkan bahaya kepada kite. Jom sertai Mr R teroka lima sungai yang dikatakan antara sungai paling merbahaya di dunia..
Pertama : Sungai Amazon
Sungai Amazon 5 SUNGAI PALING BAHAYA DAN MENYERAMKAN DI DUNIA
Sungai Amazon terletak di Amerika Selatan. Sungai nie bahaya sebab panjang, luas dan sunyi. Sungai nie mengalirkan 20% sumber air ke lautan seluruh dunia. Disebabkan keluasannye, sungai nie jugak digelar ‘Sungai Lautan’. Tiada sebarang jambatan yang dibina merentasi sungai nie. Apabila musim banjir, sungai nie akan menenggelamkan kawasan sekitar dan pulau-pulau yang berdekat. Sungai nie jugak terkenal dengan fenomena air pasang besar.Kat Amazon jugak ade Piranha dan Anaconda.. Memang bahaya
Kedua : Sungai Congo
Sungai Congo 5 SUNGAI PALING BAHAYA DAN MENYERAMKAN DI DUNIA
Sungai Congo dahulunye dikenali sebagai Sungai Zaire yang terletak di barat Afrika Tengah. Iamerupakan sungai yang paling produktif di dunia. Sungai nie kira-kira 2992 batu jauhnye. Sungai nie dikatakan bahaya sebab ia mengalir tenang pada mulanye dan perlahan-lahan menjadi laju sehingga korang akan dibawa ke satu kawasan yang dipanggil ‘Hell Gate’.
  ‘Hell Gate’ ialah sebuah lembah sepanjang 75 batu dan mempunyai lembah yang sangat berbahaya
Ketiga : Sungai Orinoco
Sungai Orinoco 5 SUNGAI PALING BAHAYA DAN MENYERAMKAN DI DUNIA
Sungai Orinoco merupakan sungai ketiga terpanjang di Amerika Selatan dengan 1330 batu jauhnye. Ia mengalir melalui Colombia dan Venezuela. Sungai nie melalui sebahagian besar hutan tropika dan sebahagian besarnye masih belum dapat dilalui manusia. Bermula dari Gunung Delgado Chalbaud, sungai nie mengalir tenang dan semakin laju hinggakan tak siapa berani melaluinye. Sungai nie mengalir ke Lautan Atlantik
Keempat : Sungai Yangtze
Sungai Yangtze 5 SUNGAI PALING BAHAYA DAN MENYERAMKAN DI DUNIA
Sungai Yangtze merupakan sungai terpanjang dan terbesar di China dan Asia. Panjangnye kira-kira 3964 batu dan berakhir di Laut China Selatan. Sungai nie jugak digelar ‘Golden River’. Gaung-gaung di sepanjang sungai membantu aliran air sungai nie menjadi sangat deras dan merbahaya. Ade masanye berlaku air pusar dan air sungai sangat bergelora. Disebabkan sungai nie selalu menyebabkan banjir besar, satu empangan telah dibina untuk mengatasi masalah tu. Tapi usaha tue sia-sia sebab benjir besar masih lagi berlaku
Kelima : Sungai Brahmaputra
Sungai Brahmaputra 5 SUNGAI PALING BAHAYA DAN MENYERAMKAN DI DUNIA
Sungai Brahmaputra terletak di barat daya Tibet dan mengalir melalui Tibet, China, india dan Bangladesh kira-kira 1800 batu jauhnye. Apabila salji cair di Banjaran Himalaya, aras air sungai nie akan naik mendadak dan akan menghasilkan banjir besar di persekitarannye. Sungai nie jugak selalu mengalami fenomena air pasang yang akan menenggelamkan perumahan dan ape sahaja yang berdekatan dengannye…SUMBER-http://mrrizalpage.blogspot.com

No comments:

Post a Comment