Tindakan pelakon Nabila Huda memeluk akrab Nast-T dan beberapa artis lelaki lain ketika namanya diumumkan sebagai pemenang anugerah Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 20120 (ABPBH 2012) malam semalam telah menjadi tumpuan ramai.
Malah, tindakannya itu secara tidak langsung telah menimbulkan kontroversi apabila kelihatan tidak sopan berpelukan akrab dengan artis lelaki seperti Fizz Fairuz, Tomok, Awal Ashaari di khalayak.
Nabila Huda yang ditemui berkata, dia bertindak sedemikian kerana terlalu teruja,malah pelukan itu dianggap hanya sebagai pelukan seorang sahabat yang selama ini bersama dalam satu industri.
“Tiada apa hendak diperbesarakan, mereka itu semua sahabat saya.
“Malah bukan sahabat lelaki sahaja saya peluk ,saya juga peluk Liza Surihani, Scha Al-Yahya dan lain-lain.
“Mereka semua kawan-kawan saya sejak dari kami sama-sama kosong lagi.
“Pada saya, ia pelukan sahabat. Bila kita rasa gembira atau rasa sedih pasti kita mahukan orang untuk berpeluk.
“Bila dapat peluk seseorang yang kita kenal, sudah tentu kita akan rasa bertapa leganya kita dapat peluk kawan-kawan kita,”katanya kepada murai.com.my selepas anugerah ABPBH 2012 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, malam semalam.
Tindakan Nabila itu juga, dilihat kurang manis kerana menjadi tatapan umum, tambah-tambah sewaktu siaran secara langsung.
Tambah Nabila Huda lagi, apa yang dia lakukan di luar waktunya bekerja sebagai pelakon itu adalah dirinya dan tidak mahu bersikap hipokrit.
“Saya tak kisah orang nak cakap apa pun. Mulut orang takkan boleh ditutup.
“Saya tak kisah semua itu. Sebab saya gembira dengan dunia saya.
“Luar kerja sebagai pelakon, saya ada satu kehidupan yang begini.
“Tapi takanlah setiap masa saya perlu berlakon untuk puaskan hati semua orang?”, jelasnya lagi.
No comments:
Post a Comment