Siapa yang tidak kenal dengan Melia Aimelia yang satu ketika dulu pernah gempar dengan penyebaran video lucahnya di youtube.
Akibat dari kontroversi yang hebat itu, nama pelakon Karipap-Karipap Cinta ini tiba-tiba melonjak diseantero bumi Malaya.
Walaupun kes itu berakhir dengan permohonan maaf dari pihak yang menyebarkanya, namun trauma & kesan yang dihadapi oleh Melia masih diterima sampai sekarang sehingga dia dilabelkan sebagai ‘Pelakon Karipap’ sedangkan itu bukan dirinya.
Berkesempatan bertemu dengan gadis yang berasal dari Sentul, Kuala Lumpur ini memberi kami kesempatan bertanya tentang kehidupanya selepas peristiwa hitam yang pernah melanda diriya tidak lama dahulu dan benarkah dia kini menjadi semakin anti kepada wartawan?
“Tidak, memang tak pernah pun dalam diri Melia ini ada sifat anti kepada mana-mana wartawan terutamanya kepada pengamal media baru, apatahlagi tidak pernah juga menaruh dendam terhadap mana-mana pihak terutamanya para wartawan yang memainkan isu yang lalu. Bagi Melia, ini semua dianggap sebagai salah faham dan yang lepas itu biarkan berlalu.”
“Walaupun perkara macam ni banyak memberi kesan yang negatif terhadap diri Melia dan juga family. Tapi ada juga side positifnya. Sejak timbulnya kes video lucah ni banyak tawaran berlakon yang diterima. Tapi kebanyakan watak tu diberi watak yang bersifat ganas dan seksual. Mungkin ini dari kes video tu la.” Jelasnya ketawa kecil
Walaupun akui kontroversi yang lepas memberi kesan terhadap watak yang sering ditawarkan kepadanya, namun jelas Melia lagi dia nyata bersyukur dengan rezeki yang telah dilimpahkan kepadanya.
“Memang syukur sangatlah bila masih ada lagi offer yang datang. Ini menunjukkan pihak penerbit tidak ragu ragu untuk ambil Melia berlakon. Begitu juga dengan Family. Bila dah tahu kebenaranya tentang penyebaran video tu, diorang tidak pernah menghalang Melia dari terus berada dalam industri ini. Cuma pesan mereka, lepas ni perlu lebih berhati-hati dengan siapa Melia berkawan dan jaga batas dalam setiap pergaulan. Itu je pesan family dekat Melia. Bagi Melia pula boleh je percaya dekat orang lain tapi ada batasnya.”
Ujar Melia juga kes sebegini tidak membuatkan ramai lelaki semakin cuba untuk menjauhkan dari dirinya, sebaliknya semakin ramai pula yang cuba mendekati.
“Cuma satu je yang Melia kesalkan sebab mereka mengenali Melia dengan satu perkara yang tidak baik. Sebab bila diorang tahu dan kenal Melia, ‘owhh ni budak perempuan bogel tu’.”
Mengulas perkembangan kerjayanya pula Melia memaklumkan yang kini dia banyak terlibat di belakang tadbir produksi, sekaligus menolak andaian yang dilemparkan kepadanya bahawa dia kini sedang bersembunyi akibat tertekan dengan tomahan masyarakat sekeliling.
“Insyallah tahun 2014 jika diizinkan Allah dan ada rezeki Melia akan buat ‘comeback’ dalam bidang yang diceburi ini nanti. Apa yang Melia harapkan masyarakat diluar sana agar sentiasa doakan yang terbaik buat diri Melia” Ujar Melia yang merupakan Juri Awam Bagi Program Bintang Mencari Bintang Minggu lepas.
-Buahmulut.com
No comments:
Post a Comment