Wednesday 10 April 2013

Fizz Fairus Berbaik semula dengan Almy Nadia





Buang yang keruh ambil yang jernih. Mungkin berpegang kepada pepatah Melayu tersebut, Fizz Fairuz dan Almy Nadia berbaik-baik semula. Dalam satu laporan portal berita, pelakon lelaki berusia 34 tahun itu mengakui kembali berkawan rapat dengan bekas kekasihnya, Almy Nadia selepas putus tunang dengan Azlyn Masiela pada Februari lalu.

Bagaimanapun, Fizz menjelaskan dia tidak mahu terburu-buru untuk lebih serius dengan Almy kerana mahu memberi ruang kepada masing-masing kerana sebelum ini dia pernah mengecewakan pelakon wanita itu. 

Sebelum ini Almy Nadia pernah memberitahu GUA yang dia berasa cukup tertekan dengan kontroversi yang melanda perhubungannya dengan Fizz Fairuz. Namun, enggan mengulas lanjut apabila ditanya sama ada dia mahu kembali ke Fizz Fairuz atau tidak. G

No comments:

Post a Comment