Sunday 14 April 2013

Ceroboh' tandas, wanita transgender dilarang masuk kedai runcit



imej google

SALMON, Idaho - Seorang wanita transgender yang menggunakan tandas perempuan sebuah kedai runcit di sini dilaporkan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan kaum ibu sehingga dilarang daripada memasuki premis itu selama setahun, kata polis semalam.

Premis Rosauers yang terletak di Lewiston meminta polis mengenakan tuduhan menceroboh ke atas Ally Robledo, 25, yang dilahirkan sebagai lelaki, kerana melakukan perkara tidak sopan, Isnin lalu.

“Pegawai keselamatan pasar raya itu mengatakan bahawa wanita itu menghadapi masalah dan terpaksa masuk ke tandas wanita dan kencingsambil berdiri,” kata pegawai polis Kapten Roger Lanier, dipetik CNN hari ini.

Beliau menambah, pemilik kedai melaporkan yang perbuatan Robledo  menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan pengguna wanita lain.

Robledo bagaimanapun menafikan tuduhan itu dan berkata ia satu diskriminasi terhadapnya.

“Saya hanya seorang wanita yang terperangkap dalam badan seorang lelaki. Secara semula jadinya saya pergi ke tandas wanita dan tuduhan menceroboh tandas awam itu amat menyakitkan,” katanya.

Kejadian ini mencetuskan debat awam mengenai sempadan identiti jantina dan hak golongan transgender dalam menggunakan perkhidmatan seperti tandas awam yang dibuka buat orang ramai.

Februari lalu ibu bapa seorang kanak-kanak transgender di Colorado membuat aduan di agensi hak asasi awam berhubung keputusan seorang pegawai pelajaran melarang kanak-kanak itu daripada menggunakan tandas pelajar perempuan di sekolah.

No comments:

Post a Comment