Sunday 7 April 2013

Hot! Wulan Guritno Nafi Cium Julia Perez




Wulan Guritno

JAKARTA: Baru-baru ini telah tersebar gambar Julia Perez bercium dengan Wulan Guritno di internet.

Tetapi apabila disoal, Wulan terus menafikannya.

“Lihat baik-baik. Itu bukan Wulan. Tidak mirip langsung,” kata Pengurus Wulan, Brucie, ketika dihubungi, semalam. 


Tambah Brucie lagi, Wulan juga tidak gentar dengan gambar yang diedarkan di internet. Brucie juga menjamin wanita dalam gambar itu, bukan Wulan.

“Bukan dia,” katanya mengakhiri perbualan.

 Julia Perez

Julia Perez, ketika dihubungi juga mengaku malas untuk memberi komen mengenai gambar itu. Walaupun demikian, dia tidak mengiya atau menafikan bahawa dia di dalam gambar itu.

Penyanyi ‘Belah Duren’ berkata, gambar itu tidak penting. Dia enggan memberi komen lebih lanjut mengenainya. 

“Saya malas nak komen. Bukan penting sangat pun,” kata Julia. Tambahnya, dia tidak mahu masalah itu mengganggu kariernya. 

Dalam gambar itu, wanita yang dikatakan Julia dan Wulan Guritno kelihatan memeluk mesra dan berkucupan. – Detikhot

No comments:

Post a Comment