Monday, 8 April 2013

Zizan Menangis Selepas Buat Persembahan..? Jom Baca




KUALA LUMPUR, 11 JAN 2013: Pertaruhan kumpulan pelawak hebat yang dibarisi Zizan Razak dan Johan iaitu Jozan di Maharaja Lawak Mega 2012 masih lagi berbaki sebanyak dua pusingan. Namun begitu, pada minggu lalu Johan tidak dapat bersama dengan Zizan untuk beraksi di pentas Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM2012).

Atas kecederaan bahagian lutut yang dialami Johan ketika bermain futsal, Jozan yang diramal mampu merangkul gelaran juara tersebut seakan kurang bisanya apabila Zizan hanya bersendirian di atas pentas membuat persembahan.

Zizan yang ditemui baru-baru ini di majlis pengumuman Top 5 bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012) diajukan mengenai strategi atau langkah yang bakal diaturnya untuk Jozan ke peringkat akhir MLM 2012 kelak.

"Ada baik dan buruknya bila saya seorang diri diatas pentas MLM2012. Ada juga yang kata, mungkin ini masa untuk saya buktikan saya boleh berlawak walaupun secara solo. Tetapi sejujurnya, ia bukannya perkara yang senang.



"Betapa leganya saya bila ada orang gelak ketika saya buat lawak secara solo di atas pentas. Saya sampai pernah menitiskan air mata kerana tidak percaya saya boleh melakukan lawak secara solo. Sebenarnyag kalau difikirkan, membuat lawak secara solo amatlah sukar.

"Tetapi kalau cakap pasal sokongan daripada peminat, InsyaAllah saya masih yakin para peminat Jozan akan masih menyokong walaupun saya beraksi solo. Ini semua bergantung kepada persembahan. Kalau ia berjaya menambat hati mereka, saya yakin mereka akan terus mengundi untuk Jozan,"jawabnya mengenai percaturan Jozan kini di dalam MLM2012.

Zizan juga diajukan soalan mengenai persembahan Jozan pada minggu ini di MLM2012. Turut sama menjadi tanda tanya adalah kemunculan Jozan pada minggu ini, adakah dia masih sendiri atau bersama Johan.

"Buat masa ini pun, saya masih belum mengetahui sama ada Johan akan bersama dengan saya untuk persembahan terakhir sebelum ke final. Itu semua bergantung kepada kesihatan Johan. Saya sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan yang akan berlaku," ujarnya ringkas.

Pada minggu lalu Zizan telah beraksi secara solo di pentas MLM 2012 yang diadakan di kampung halamannya, Terengganu. Untuk minggu ini Jozan dan peserta MLM2012 yang lain akan beralih ke negeri Perak sebelum menamatkan pertandingan akhir di Johor Baru.

Dalam pada itu, Johan juga baru mendapat cahaya mata keduanya bersama isteri, aktres Ozlynn. Dia masih lagi berehat setelah dilaporkan mengalami kecederaan serius di bahagian kakinya apabila ligemen dan meniscusnya terkoyak ketika bermain futsal, dua minggu lalu

No comments:

Post a Comment