Thursday, 28 March 2013
Bob Lokman mengaku dijadikan alat pancing undi
SHAH ALAM 26 Mac - Pelawak, pelakon dan penulis lirik yang kini menjadi aktivis Pas, Bob Lokman mengakui, penampilannya di pentas ceramah politik pembangkang selama ini untuk memancing kehadiran orang ramai.
Beliau atau nama sebenarnya, Mohd. Hakim Lokman mendakwa, orang ramai yang hadir ke setiap ceramah politik Pas juga lebih tertarik untuk mendengar apa yang keluar dari mulutnya berbanding penceramah politik dari parti itu sendiri.
“Apabila saya pergi ceramah orang ramai tertunggu-tunggu bila Bob (Lokman) hendak bercakap, masing-masing penceramah akan bercakap dahulu memberi maklumat dan hasrat parti.
“Saya menjadi penceramah terakhir untuk memancing orang ramai yang datang untuk terus mendengar ceramah, kalau saya yang dahulu bercakap sudah pasti penceramah-penceramah yang lain tiada siapa nak dengar kerana orang sudah balik," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program wacana bertajuk Artis dan Politik: Populariti atau Kredibiliti' di sini hari ini.
Kenyataan Bob Lokman itu merujuk kepada soalan apakah penyertaan beliau dalam parti politik pembangkang disebabkan penghijrahannya atau kerana popularitinya.
Selain Bob Lokman, tiga lagi ahli panel wacana tersebut ialah pengarah filem, Datuk Paduka Shuhaimi Baba; Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Mohd. Zaidi Jamil atau Zed Zaidi dan pelakon yang kini aktivis Pas, Hairie Othman.
Neelofa Masih Setia Dengan Hans Isaac
Lama juga kami rasa tak mendengar gosip-gosip dari Neelofa. Maklumlah, kalau dulu boleh kata setiap hari ada saja tajuk dengan nama Neelofa.
Terbaru dari selebriti ini, dia menafikan tuduhan yang mengatakan dirinya sedang bercinta dengan adik kepada seorang individu kenamaan tempatan. Dia yang ditemubual oleh sebuah tabloid tempatan turut menegaskan bahawa mereka sudah lama mengenali antara satu sama lain.
“Kelakarlah macam mana cerita ini boleh timbul. Kami memang mengenali antara satu sama lain kerana sudah lama berkawan.
“Saya bukan sahaja kenal dia, malah sepupu dan ahli keluarganya juga saya kenal sejak usia saya 17 tahun lagi.”
Namun apa yang lebih menarik perhatian OHBULAN! sebenarnya apabila Neelofa mengaku bahawa dia masih lagi setia dengan kekasihnya, Hans Isaac. Khabar angin tentang hubungan mereka berdua mula tersebar sekitar Oktober yang lepas dan menjadi topik hangat perbualan peminat.
KHAIRUL FAHMI CHE MAT DAN ISTERI
tak sangka pulak boleh timbul pelbagai persoalan kalau muka kacak, bersih dan gebu seperti penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan nama Apek ini. Sampai ada gosip liar menyatakan yang Apek mencucuk mukanya untuk supaya nampak lebih berseri seperti isterinya, Leuniey Natasha. Nasib baik kekacakan Abang Nara tahap Tom Cruise je. Heheh ~~
Namun Apek yang ditemui oleh wartawan portal Murai menafikan yang dia ada mencucuk mukanya. Menurut Apek, wajahnya nampak lebih berseri kerana kini bahagia di samping isterinya, Leuniey Natasha. Kata Apek:-
Setahu saya, semua sedia maklum, saya dan Leuniey berkahwin kerana faktor saling memahami bukannya faktor paras rupa. Jadi, gosip ini tidak berasas langsung. Hidup saya tidak berubah. Yang berubah hanyalah saya sudah berkahwin. Kalau nak kata saya ubah penampilan kerana Leuniey, saya rasa dari dulu lagi saya sudah berpakaian seperti ini. Mungkin orang nampak saya semakin berseri atau wajah lebih bersih di sebabkan saya sudah bahagia bersama Leuniey yang betul-betul memahami saya sebagai seorang atlet negara.
Romantik betul jawapan daripada Apek ini. Abang Nara akui sememangnya selepas berkahwin hidup lebih tenang, bahagia, masuk tidur lebih awal dan sekaligus menyebabkan wajah lebih berseri-seri. Sama-samalah kita doakan Apek dan Leuniey kekal bahagia sehingga ke hujung hayat
KOMEN PEMAIN BINTANG BOLA SEPAK TENTANG ISRAEL
Assalammualaikum semua...ade berita terbaru mengenai Israel.ramai pemain bola membenci Israel dan ini adalah artikel mereka:
-Ronaldo: Bertukar jersey dengan pemain Israel ? Tentu tidak ,saya sangat benci Israel ,dan saya respect pada Palestin.
-Ibrahimovic: semua orang pasti benci israel ,kerana itu adalah
negara laknat ,hanya pihak barcelona yang mencintai israel.
-Rooney: saya sangat benci pada israel ,karena sangat kejam pada
palestin !
-Torres: saya menyokong palestin ,saya benci israel.
-Neymar: terus maju palestin ,hadapi negara israel itu.
-Gerrard: saya selalu mendoakan supaya palestin akan mengajar
israel ,dan meledakkan negara israel.
-Drogba: say no to israel and zionis.
-Willsherre: saya ingin pergi ke palestin ,dan membuat benteng
disana ,dan menghancurkan israel,
-Santi cazorla: saya tak pernah menganggap negara israel ada
harap ini semua betul bukan palsu...wallahhualam..
-Ronaldo: Bertukar jersey dengan pemain Israel ? Tentu tidak ,saya sangat benci Israel ,dan saya respect pada Palestin.
-Ibrahimovic: semua orang pasti benci israel ,kerana itu adalah
negara laknat ,hanya pihak barcelona yang mencintai israel.
-Rooney: saya sangat benci pada israel ,karena sangat kejam pada
palestin !
-Torres: saya menyokong palestin ,saya benci israel.
-Neymar: terus maju palestin ,hadapi negara israel itu.
-Gerrard: saya selalu mendoakan supaya palestin akan mengajar
israel ,dan meledakkan negara israel.
-Drogba: say no to israel and zionis.
-Willsherre: saya ingin pergi ke palestin ,dan membuat benteng
disana ,dan menghancurkan israel,
-Santi cazorla: saya tak pernah menganggap negara israel ada
harap ini semua betul bukan palsu...wallahhualam..
Nashrin Terpegang Payu Dara Misha Omar?
Helluuuuu you all, Hari ini cik gayah kebaya sendat nak gossip sikit pasal duet si nashrin and akak misha omar yang feelling habis di atas pentas.. wow! Hangat di perkatakan adegan misha omar dan nashrin di atas pentas MY STARZ LG musim ke 2 yang asik feeling mereka, cik gayah kebaya sendat belek gambar2 yang di tangkap oleh photografer tersohor malaysia yang menampakan nashrin terpegang payudara misha omar? hurrmmm mungkin tak pegang kot or alahaiii korang komen sendiri la.
Cristiano Ronaldo Dikecam Israel Kerana Sokong Palestin
Mantan pemain Manchester United itu dengan penuh keikhlasan memberikan kasut emas yang diraihnya musim 2011 kepada kepada lembaga amal kelabnya. Hal itu dilakukan pemain berjuluk CR7 itu untuk membantu anak-anak Palestin.
Laman Qodsna pada akhir tahun 2011 memberitahu, lembaga amal Real Madrid melelong kasut emas milik Ronaldo itu hingga 1,4 juta euro. Wang hasil lelong itu disumbangkan untuk membina beberapa sekolah yang hancur di sepanjang di Jalur Gaza. Sokongan Pemain Terbaik Dunia pada 2008 tersebut tidak berhenti sampai di situ.
Sebelumnya ketika masih memperkuat pasukan Merah, dalam sebuah acara, Ronaldo mengenakan skaf Palestin. Tindakannya itu mendapat kecaman hebat dari lobi-lobi Zionis dan media barat. Beberapa media barat yang bersekutu dengan Yahudi seakan memusuhinya dan mencitrakan segala keburukannya.
Namun ada juga sebahagian media Britain menyebut aksi Ronaldo itu sebagai bentuk kemanusiaan. Ia menunjukkan kepedulian terhadap krisis Palestin dan rakyat Jalur Gaza. Ronaldo dikhabarkan pernah secara langsung berkunjung ke tanah pendudukan Palestin pada 2007 dan 2005.
Lagi info berkaitan:
Pada 20hb November 2011 dia menjual kasutnya dalam satu jualan lelong Real Madrid Foundation dengan mendermakan dana ke sekolah-sekolah di Gaza. Lelong bermula di €700 sebelum ditamatkan di €2,400. Menjual kasut-kasut sukan akan membantu membina 8 sekolah dalam wilayah Palestin, di mana dibiayai 100 peratus oleh Real Madrid Foundation.
Menurut pelbagai laporan, Real Madrid Foundation telah membantu membina 167 sekolah dalam 66 negara, termasuk banyak projek lain, supaya beribu kanak-kanak dalam 66 negara boleh mempunyai satu pendidikan lebih baik dan satu masa depan lebih cerah
Kenapa Cristiano Ronaldo sokong Palestin?
Sebab utama mengapa Cristiano Ronaldo menyokong Palestin ialah kerana dia percaya kepada Pembebasan Palestin.
Satu lagi sebab ialah kerana dia benci melihat anak-anak menempuhi perkara sama di mana dia dan keluarganya melaluinya sebelum menjadi seorang pemain bola sepak yang dibayar tinggi, yang hidup satu kehidupan yang miskin. Dia dan keluarganya tidak pernah melalui suasana peperangan seperti di Palestin, tetapi mereka melalui satu kehidupan yang sangat daif. Dia suka melihat kanak-kanak Palestin mempunyai masa depan yang lebih cerah.
Sazzy Falak Kongsi Gambar Sambutan ‘Birthday’ BCL
Seperti yang semua ketahui, Sazzy Falak memang bersahabat baik dengan pelakon kacukan Melayu-Inggeris, Ashraff Sinclair yang kini sedang menimpa nama di negara seberang, Indonesia.
Baru-baru ini berlangsung majlis sambutan hari jadi ke-30 isteri kepada Ashraff iaitu penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari atau lebih dikenali sebagai BCL.
Majlis yang diadakan pada 22 Mac bertemakan ‘The Roaring 20′s’ itu turut dihadiri oleh suami Sazzy, Nazril Idrus serta kenalan rapat kepada pasangan Ashraff dan Bunga.
Sazzy juga sempat berkongsi gambar kemeriahan majlis itu di laman Instagramnya, baru-baru ini.
Sanggup Bedah Kerana Hendak Kurus
Kerana nak kurus, macam-macam perkara kita sanggup buat kan...antaranya makan ubat, bedah ataupun guna teknik sedut lemak.Tapi bila dah dapat apa yang kita nak tu, kebiasaannya ada satu masalah lagi yang akan timbul...lebihan kulit!!!
Gambar ni mungkin ader unsur-unsur ngeri sikit kot...maklum la ader kesan lipan bara yang panjang-panjanf, lepas tu nampak lebihan kulit yang agak "mengelebeh".
Apepun meh kita layan gambar yang menunjukkan keadaan mamat ni sebelum dan selepas pembedahan.....source uncle google yg aku dah lope kat mana tahh....
Sebelum pembedahan
Selepas pembedahan
Cara Mengalahkan Gerila Sulu Jamalul Kiram
Hootoh Blog » Home » Cara Mengalahkan Gerila Sulu Jamalul Kiram » Tragedi » Cara Mengalahkan Gerila Sulu Jamalul Kiram
Cara Mengalahkan Gerila Sulu Jamalul Kiram. Pada tahun 1990, ketika saya mula-mula bertemu Nelson Mandela di saat pembebasan beliau, perkara pertama yang beliau tanya ialah Bagaimana Malaysia Mengalahkan Gerila. Persoalan itu timbul dari pengalamannya sewaktu beliau sedang dilatih di Yugoslavia dan Libya dan diberitahu bahawa Gerila tidak boleh dikalahkan. Jadi Bagaimana Malaysia mengalahkan gerila? Saya menjelaskan bahawa dua perkara yang membantu dalam mengalahkan Ancaman Gerila di Malaysia. ~Tun
Cara Mengalahkan Ancaman Serangan Gerila
- Pertama adalah keputusan mengerak keluarkan semua penduduk yang tinggal di pinggir hutan tebal Malaysia ke kampung-kampung baru yang dilindungi.
- Kedua ialah kempen untuk memenangi hati dan minda rakyat. Membentuk keyakinan pada pemerintah
Mungkin Jamalul Kiram dan Gerila Sulu tidak tahu apa-apa mengenai pengalaman Malaysia mengalahkan Gerila. Kejahilan beliau merancang perang gerila di Malaysia adalah sia-sia dan kini terimalah padahnya. Yes, in the Philippines the Moros conducted a guerrilla war for decades. While it harassed the Philippine Government it did not result in attaining independence for the south. In the end common sense prevailed and the MILF decided on autonomy for the region.
Malaysia followed the Moro Fight very closely and is well aware that guerrillas can be disruptive. It can render Malaysia less stable and secure. But the situation today is much better for Malaysia to defeat any attempt at guerrilla war by the Kiram and Suluks.
Sebahagian entri Cara Mengalahkan Gerila Sulu Jamalul Kiram dipetik dari GUERRILLA WAR
Sebahagian entri Cara Mengalahkan Gerila Sulu Jamalul Kiram dipetik dari GUERRILLA WAR
Sumber: Cara Mengalahkan Gerila Sulu Jamalul Kiram | Hootoh Blog http://www.hootoh.my/2013/03/cara-mengalahkan-gerila-sulu-jamalul.html#ixzz2Orgrs8mo
Hootoh Blog By Hootoh Tudia
Follow us: @HootohTudia on Twitter | HootohBlog on Facebook
PANAS TERIK!! AKSI MORAL NURUL IZZAH?!
Adakah gambar yang dimaksudkan oleh Saifuddin Nasution?
Menurut sumber blogger Mat Kilau Penang... Mungkin gambar ini bakal mengegarkan suasana politik tanah air selepas ini? Mungkin ya mungkin tidak akan tetapi keberangkalian itu amat tinggi. Yang mula mendedahkan pekara ini adalah dari Saifuddin sendiri. MKP rasa mungkin dah ada pepecahan didalam kem PKR. Mungkin Saifuddin tak dapat apa yang diminta hingga nak buka pekung dalaman. Takkan nak bagitu "direct" mesti ada kona-kona. Fitnah dan salahkan UMNO itulah taktik melepaskan diri walaupun tak setuju dengan pucuk pimpinan........
Di peringkat dalaman kepimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), tidaklah menjadi satu rahsia lagi akan kewujudan 2 kelompok pimpinan yang masing-masing cenderung kepada Presiden parti, Datin Sri Wan Azizah Ismail dan Timbalan Presiden, YB Azmin Ali
Bibit-bibit perpecahan ini sudah bermula sejak kempen pemilihan Nasional PKR 2010 lagi dan semakin menjadi ketara apabila Azmin Ali memenangi jawatan Timbalan Presiden.
Ketika kempen pemilihan Nasional 2010 berlangsung, sokongan penuh Wan Azizah ke atas pencalonan Datuk Zaid Ibrahim sebagai Timbalan Presiden parti menjadi persoalan umum kerana logiknya, Azmin Ali yang lebih layak kerana sudah bersama-sama dengan parti sejak mula ditubuhkan, di samping kesetiaannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak boleh dipersoal sesiapa.
Gambar Nora Danish
Gambar Nora Danish ini joey39 jumpa semasa masuk ping blog kat blogr.my. Tajuk posting Gersang Nora Danish dalam drama Suami AKu Ustaz. So, mohon izin pihak pemilik blog Pa Cerita Kosong Ku untuk kongsikan gambar dan pautan Nora Danish kat sini jugak ea…joey39 pun suka tengok Nora Danish, hot mama yang satu ini.Harap tiada isu berbangkit la ea…Moga-moga. Jika pihak anda rasa TIDAK BOLEH, sila maklumi joey39 dengan sekadar segera. joey39 akan REMOVE kan entri ini segera. Harap Maklum.
Jom layanz…gambar-gambar menarik dari Nora Danish, the hot mama…..
Banyak lagi di LAMAN ASAL. Terima kasih
Read more: http://joey39.net/gambar-nora-danish-2/#ixzz2OrdJalLE
Ouh! Abang 'ratah' adik perempuan sendiri hingga lahirkan anak
Written By Ouh Tidak on 29 March 2013 | 1:12 AM
PETALING JAYA - Seorang abang dihukum penjara 15 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sensyen disini kerana melakukan sumbang mahram terhadap adik kandung perempuannya yang berusia 15 tahun ketika itu, tujuh tahun lepas.
Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz menjatuhkan hukuman tersebut terhadap lelaki yang berusia 24 tahun itu, setelah dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan sumbang mahram dan memerintahkan hukuman bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 19 Mac lepas.
Lelaki tersebut yang bekerja di sebuah pasar raya, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di sini, antara Oktober 2006 hingga November tahun sama, dan didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Mengikut fakta kes, pada waktu kejadian, mangsa telah dirogol oleh tertuduh dan hasil hubungan sumbang mahram tersebut, adiknya telah mengandung dan melahirkan seorang bayi lelaki.
Hasil pemeriksaan oleh Jabatan Kimia mendapati tertuduh adalah bapa kandung kepada bayi yang dilahirkan mangsa.
Terdahulu tertuduh yang tidak diwakili, peguam memohon hukuman ringan kerana dia menanggung keluarga.
Timbalan Pendakwa Raya Zhafran Rahim Hamzah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana tertuduh sebagai abang sepatutnya bertanggungjawab melindungi dan menjaga darah dagingnya sendiri tetapi beliau telah mengambil kesempatan.
Zhafran berkata ini bukan kesalahan pertama tertuduh kerana sebelum ini pernah melakukan kesalahan yang sama pada mangsa sehingga melahirkan anak tetapi telah meninggal dunia dan ini menunjukkan tertuduh tidak insaf. -Bernama
OUHTIDAK: MEMANG PATUT DAPAT HUKUMAN YANG SETIMPAL DENGAN KESALAHAN, MOGA DENGAN HUKUMAN INI SI TERTUDUH DAPAT INSAF DAN TIDAK MELAKUKANNYA PABILA KELUAR NANTI. SEMOGA INI AMBIL IKHTIBAR PADA SEMUA. JAUHILAH PERKARA MAKSIAT
Subscribe to:
Posts (Atom)