Wednesday, 26 September 2012

Kenyataan Di Twitter Di Salah Anggap – Neelofa



KUALA LUMPUR – Berita mengenai pelakon dan pengacara wanita, Neelofa yang pergi bercuti ke Koh Samui bersama dengan Hans Isaac tersebar meluas di ruang internet.

‘Cerita’ itu bermula apabila Neelofa memuat naik status ingin pergi bercuti di laman Twitternya.

“On my way to the airport! Bye Malaysiaaaaaaaaaaaaaa icon biggrin Kenyataan Di Twitter Di Salah Anggap – Neelofa ,” Tulis Neelofa.



Bagaimanapun, dalam laporan di Oh Bulan.com, Neelofa menafikan mengenai cerita gosip itu.

Katanya, dia pergi bercuti ke Phuket bersama dengan teman-temannya dan bukanlah pergi ke Koh Samui dengan jejaka kacak itu.

Malah, Neelofa menerangkan dia langsung tidak bertemu atau berjumpa dengan Hans Isaac kerana lelaki itu pergi ke lokasi percutian tersebut bersama teman-temannya sendiri.

“Saya sebenarnya pergi bercuti hari Ahad hari tu, Hans pulak pergi ke Koh Samui dah lama. Lagipun saya pegi bercuti dengan kawan-kawan ke Phuket dan langsung tak jumpa dengan Hans.

“Setahu saya Hans pergi ke Koh Samui dengan kumpulan kelab golf dia. Jadi berita tersebut sememangnya tak betul,” kata Neelofa.

Bukan itu sahaja, gambar yang dimuat naik oleh Neelofa sewaktu bercuti di Phuket juga telah disalah guna oleh pihak-pihak tertentu.

Namun, Neelofa mengaku tidak boleh melakukan apa-apa mengenai gosip tersebut walaupun dia berasa terganggu dengan cerita palsu itu.

“Secara kebetulan pula, ada orang ambil gambar yang saya upload di Twitter dan sabotaj gambar tersebut. Tapi apa pun saya kena terima dan hadapi semua ini.

“Apa boleh saya buat, perkara dah berlaku. Saya ingatkan pergi bercuti boleh rehatkan badan dan tenagkan fikiran, tapi bila balik bercuti semakin serabut pula dengan benda-benda macam ini,” katanya. -ohbulan

No comments:

Post a Comment