ASSALAMUALAIKUM .......
Sedikit hiburan untuk korang ... RAGAM PENGANTIN
Aku adalah anak bungsu dari 3 orang adik beradik . Selepas abang dan kakak ku melangsungkan perkahwinan , kini giliran aku pula bernikah . Oleh kerana aku adalah anak bungsu , ibu bapaku merancang untuk mengadakan kenduri perkahwinanku secara besar - besaran dan meriah sekali . Aku bukan sahaja anak bungsu , malah anak emas kepada ibu dan bapaku . Ini kerana jarak umur ku dengan kakak ku adalah kira - kira 10 tahun .
Macam biasa , sebelum majlis perkahwinan menjelang , sanak saudara dan jiran tetangga datang membantu apa yang patut . Maka jadilah keadaan rumah keluargaku begitu sibuk dan meriah sekali . Ayah ku telah korbankan seekor lembu semata mata untuk meraikan majlis perkahwinan ku ini . Lebih menggembirakan lagi bila bilik pengantinku dihias begitu indah sekali . Maka jadilah impian ku satu kenyataan . Sehinggakan aku rasa tak sabar menunggu ketibaan malam pengantin bersama bakal suamiku nanti . Bak kata pepatah " raja sehari '' , segala kemahuan ku dituruti tanpa bantahan .
Apa yang membimbangkan ku bila hujan yang turun sejak semalam tidak ada lagi tanda - tanda mahu reda . Jadi , pada hari majlis perkahwinanku , air sungai di kampungku sudah mula melimpah . Sepanjang hari aku berdoa agar kampungku tidak di landa banjir . Hampir setiap tahun kampungku di landa banjir besar kerana ia terletak di kawasan yang rendah .
Perkara yang paling ku takuti berlaku juga akhirnya . Oleh kerana rumah keluargaku setingkat sahaja , maka air sudah pun mula memasuki rumah . Segala jenis lauk pauk sudah pun dipindahkan ke rumah jiran yang memiliki rumah atas . Mujurlah lauk pauk sempat diselamatkan . Tetamu yang datang juga berkurangan sebab air banjir makin naik . Pelamin lak basah dan rosak kena air banjir . Nasib ku baik , akhirnya , pengantin lelaki pun tiba juga . Terima kasih sebab tunaikan janji ya suamiku !
Selesai jer akad nikah , suamiku pun masuk ke dalam bilikku . Aku memang harap majlis persandingan ku ini dibatalkan sahaja tetapi ibu dan bapaku mahu majlis diteruskan juga . Aku jadi panik bila mereka cadangkan aku bersanding saja di atas katil ku saja . Ada la juga jiran tetangga yang mengumpat , tapi ibu dan bapaku wat tak tau jer . Suamiku cuba membantah tetapi mereka berkeras mahu teruskan juga . Maka bersandinglah aku dan suamiku di atas katil . Walaupun majlis tidak berjalan seperti yang dirancangkan , sekurang - kurangnya ia berjalan dengan lancar .
Moral dari cerita di atas , janganlah wat majlis kahwin pada musim tengkujuh . Tapi kalau musim tengkujuh tu lak jatuh pada tarikh majlis kahwin yang dah termaktub , banyak - banyaklah berdoa dan bersabarlah ya ... heheheeee
No comments:
Post a Comment