Wednesday, 26 September 2012

[GOSSIP]Tiz Zaqyah, Remy Ishak Berpisah Kerana Orang Ketiga?



Pengakuan aktor Remy Ishak mengenai hubungan cintanya bersama Tiz Zaqyah yang sudah berakhir sejak tiga bulan lalu, pastinya mengejutkan ramai peminatnya.

Menurut Remy, mereka tidak dapat memberi komitmen untuk meneruskan hubungan ke peringkat lebih serius.

Bagaimanapun, Tiz yang dihubungi Zass enggan mengulas isu tersebut. Mengakui perkara itu terlalu peribadi untuk dikongsikan, Tiz berkata, dia lebih selesa membiarkan Remy saja yang mengulas mengenai hubungan mereka.

“Saya bukanlah orang yang suka menjaja kisah peribadi. Perkara ini telah saya tegaskan sejak dahulu lagi.

“Saya tidak mahu peminat rancak memperkatakan mengenai kisah peribadi saya, tetapi kerjaya dan lakonan. Itu adalah tujuan utama saya menceburi bidang seni,” kata Tiz.

Ketika diajukan mengenai orang ketiga, Tiz dengan pantasnya mengakui tiada masalah orang ketiga dalam hubungan mereka.

Tegas Tiz, walaupun dia tidak ingin mengambil pusing mengenai perkara itu, namun ia sedikit sebanyak mengganggu emosinya.

“Memang terasa terganggu namun saya perlu profesional dalam kerja. Saya tidak mahu mencampuradukkan masalah peribadi dengan kerja,” katanya yang juga sedang menjalani penggambaran drama bersiri Cinta Jangan Pergi, bersama Remy

No comments:

Post a Comment