KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 33, mahu menurunkan berat badannya sehingga 55 kilogram (kg), walaupun sudah memiliki berat yang ideal iaitu 58 kg.
Siti berkata, penurunan berat badan itu harus dibuat kerana enggan kelihatan besar apabila tampil di televisyen.
"Walaupun di luar orang nampak dah elok, kita tetap akan nampak empat kilogram lebih besar apabila muncul di televisyen.
"Buat masa ini saya sudah pun mula menjaga pemakanan dan bersenam untuk mendapatkan berat seperti yang diinginkan," katanya.
Siti ditemui pada majlis makan malam bersama rakan-rakan media, pereka fesyen dan jurusolek di kediamannya di Bukit Antarabangsa dekat sini.
Tambah Siti, antara sebab lain dia ingin menurunkan berat badannya ialah sebagai persediaan untuk mengadakan konsert di Grand Ballroom, Bukit Gambang Resort City, Gambang, Pahang yang akan berlangsung pada 9 November depan.
"Seperti biasa, setiap kali mengadakan konsert, persiapan daripada segi tenaga dan mental perlu dibuat kerana ingin memberikan yang terbaik buat para peminat.
"Jadi selain menjaga makan untuk kurus, ia juga salah satu persediaan diri untuk konsert berkenaan. Bulan Oktober ini, semua makanan kegemaran saya akan “disekat” buat sementara waktu," selorohnya.
Konsert yang dianjurkan oleh Creative Stars Empire Sdn Bhd itu menyediakan sebanyak 4,000 tiket.
Ia dijual dengan harga RM338 (tempat duduk VIP) dan daripada RM98 hingga RM238 untuk tempat duduk lain. Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi talian 09-5173609.
Sementara itu, Siti juga bakal mengadakan konsert jelajah di beberapa buah lokasi di Indonesia pada Disember depan.
"Semua itu masih lagi dalam perancangan dan ia akan di umumkan sekiranya perancangan itu menjadi.
"Dalam pada itu, syarikat rakaman dari negara tersebut iaitu Virgo 'melamar' saya untuk membikin sebuah projek album bagi pasaran di sana. Tetapi segala rakaman akan di buat di sini (Malaysia).
"Insya-Allah saya akan menggunakan khidmat komposer seperti Sammy Simorangkir dan Adi (6ixth Sense) ," katanya.
*********
Selamat berdiet Datuk Siti !
Kurus sangat pun x cantik laaa.... hehehe...
No comments:
Post a Comment