KUALA LUMPUR – Pelakon wanita yang kian mencipta nama dalam dunia lakonan, Izara Aishah jujur mengakui yang dirinya sudah pun mempunyai teman lelaki yang seusia dengannya.
Sebelum ini, Izara langsung tidak pernah menceritakan soal peribadi kepada pihak media dan berjaya menyimpan ‘rahsianya’ itu dari pengetahun umum.
Bagaimanapun, kerana dia takut dilabelkan sebagai menipu peminat, Izara akhirnya dengan rela memberitahu kebahagiannya kepada umum.
Justeru, dia tidak mahu ada pihak-pihak yang mudah tersalah anggap tentang kehidupan peribadinya.
“Izara mengaku yang sebenarnya Izara sudah lama mempunyai teman lelaki.
“Izara sebenarnya takut kalau peminat sendiri yang terserempak dengan Izara bersama teman lelaki.
Jadi adalah lebih baik jika Izara mengaku terlebih dahulu sebelum orang membuat pelbagai spekulasi,” kata Izara yang dipetik dari Media Hiburan, semalam.
Memikirkan dia masih lagi jauh untuk meneruskan kerjaya sebagai pelakon, Izara tidak mahu namanya menjadi buruk hanya kerana kisah peribadi yang tidak diberitahu kepada umum.
Jadi, seboleh mungkin Izara mahu mengelak sebarang perkara atau cerita yang boleh menyusahkan dirinya di kemudian hari.
“Lebih baik rasanya cakap benda betul kerana Izara tidak mahu susah di kemudian hari. Nanti nama Izara juga yang tercemar kerana dikatakan menipu peminat,” katanya.
No comments:
Post a Comment