Sunday, 30 September 2012

Fakta pelik mengenai nyamuk


  • Mempunyai 100 mata di kepalanya
  • Mempunyai 48 gigi.
  • Mempunyai 3 jantung yang lengkap di perutnya.
  • Mempunyai 6 pisau di belalainya yang mempunyai fungsi berbeza.
  • 3 pasang sayap.
  • Dilengkapi alat pengesan haba yang berfungsi seperti infrared untuk memudahkannya mencari mangsa pada waktu malam.
  • Mempunyai alat pembius agar manusia tidak terasa sakit ketika dihisap darah.
  • Dilengkapi alat pemilih darah, nyamuk tidak menghisap sebarang darah.
  • Dilengkapi alat pengalir darah yang mengalirkan darah melalui jarum penghisapnya yang sangat sempit dan lembut.
  • Hasil penemuan moden, terdapat banyak serangga yang sangat kecil hidup di punggungnya, hanya boleh dilihat melalui mikroskop.

Tujuh Produk Gagal Dari Apple




Mantan CEO Apple Steve Jobs banyak mengeluarkan desain produk, namun bukan semuanya mendapat sambutan. Berikut 7 produk buatan Apple yang gagal secara komersil:

1. Apple III (1981)

Merupakan kesinambungan daripada komputer Apple II yang popular sebelum itu. Produk ini difokuskan kepada pengguna bisnes dan dihargai dengan pantas. Namun hardwarenya tak dapat bersaing. Apple kalah di pasaran kepada IBM PC yang dilancarkan pada tahun yang sama.

2. Lisa (1983)

Komputer komersial pertama dengan paparan HMI ini dijual pada harga US$9995. Namun peranti ini langsung tenggelam dalam bayangan Macintosh yang lebih murah yang diluncurkan setahun kemudian.

3. Komputer NeXT (1989)

Jobs selalu berupaya menghasilkan yang komputer lebih canggih dari masanya. Namun seperti Apple III dan Lisa, peranti ini juga terlalu mahal untuk diterima oleh pengguna ketika itu.

4. Puck Mouse (1998)

iMac baru merupakan produk utama paling berjaya ciptaan Jobs pada 1996. Namun mouse peranti ini berbentuk terlalu bulat dan pengguna tidak mengerti bagaimana ‘merasakannya’ dan peranti ini susah digunakan.

5. Cube (2000)

Desktop kecil yang diperkemas dengan rangka plastik lutsinar ini berjaya memenangi rekaan terbaik, namun peranti ini ‘berdebu’ di kedai kerana harganya mahal.

Selain itu, perangti ini tidak benar-benar menawarkan kelebihan bagi pengguna Mac. Idea penciptaan komputer ini muncul dari Mac Mini, Mac kecil yang lebih berjaya dan kurang menarik.

6. iTunes Phone (2005)

iPhone bukanlah cubaan pertama Apple masuk ke dalam bisnes telefon mudah alih. Syarikat ini pernah bekerjasama Motorola membuat ROKR pada akhir 2005.

Sebagai telefon mudah alih, peranti ini tidaklah terlalu menarik namun sebagai pemutar muzik, ia ini sedikit di bawah iPod. Peranti ini hanya mampu menampung 100 lagu dan proses pemindahan dari PC sangat lama.

7. Apple TV (2007)

Jobs kemudian memperkenal Apple TV sebagai ‘hobi’. Kotak kecil ini terhubung dengan TV dan Mac. Remote kecil memungkinkan pengguna memainkan muzik dan filem dari PC di TV.

Elfira Loy dipertikai masuk Fear Factor Malaysia – Terbakor


elumpun sempat rancangan terbaru yang bakal meletup ini, Fear Factor Malaysia ke udara, penyertaan salah seorang daripada 30 selebriti yang akan menjadi peserta, Elfira Loy dipertikai sesetengah pihak. Banyak komentar mengutarakan pendapat negatif, Elfira masih muda dan fizikalnya kecil, maka dia tidak layak untuk bertanding.

Elfira Loy

Elfira Loy dipertikai masuk Fear Factor Malaysia - Terbakor

Elfira Loy Fear Factor Malaysia

BELUMPUN sempat beradu nasib, kewujudannya dalam deretan nama 30 selebriti tempatan yang menyertai pertandingan Fear Factor Malaysia, bagai dipertikai.
Pertikaian yang tercetus langsung tidak membabitkan popularitinya kerana ternyata pemilik nama Nurul Elfira Loy itu sudah dikenali, dan tidak keterlaluan menyifatkan pembabitan gadis itu mampu menarik kelompok penonton remaja yang menjadi pengikut setianya selama ini.
 Komentar mengatakan dia tidak layak, bersifat peribadi ekoran saiz tubuh gadis cantik itu yang genit sehingga kemampuannya diperlekehkan tanpa dia diberi peluang beradu nasib.
“Saya sedar ramai yang terkejut apabila saya terpilih menjadi salah seorang selebriti yang menyertai pertandingan Fear Factor Malaysia. Pendapat mereka itu sebenarnya tidak membuatkan saya ‘down’, akan tetapi ia melonjakkan lagi keinginan saya untuk mencuba.
 
“Berdasarkan pengamatan saya menerusi siri Fear Factor sebelum ini, saya tahu cabaran yang harus ditempuhi peserta tidak mudah. Tidak meletakkan sebarang harapan untuk menang, tetapi sekurang-kurangnya saya mencuba. Paling tinggi sasaran saya hanya mahu ke peringkat final.
“Mungkin orang nampak saya begini (kecil) dan lembut, tetapi saya sebenarnya seorang yang gemarkan aktiviti lasak dan mampu mencabar diri,” katanya.
Bakal bergandingan dengan Ajak daripada kumpulan Shiro (Raja Lawak) sebagai sebuah pasukan, duta produk kecantikan Maybelline itu turut ditanya apakah pembabitannya menerusi program berkenaan sebagai melangsaikan komitmen dengan Astro lantaran dia dilantik sebagai Wajah Eksklusif Astro.
“Sewaktu saya ditawarkan menyertai pertandingan ini oleh pihak Astro, tanpa berfikir panjang saya terus bersetuju kerana saya mahu mencuba. Saya tidak pernah tahu bahawa pembabitan saya menerusi program ini boleh mengurangkan baki ‘jam’ atau komitmen saya dengan Astro sebagaimana tertera dalam kontrak Wajah Eksklusif Astro.
“Untung untuk saya sebenarnya apabila dimaklumkan pembabitan ini diambil kira sebagai tempoh waktu bekerja dengan Astro. Sambil-sambil saya ingin melakukan perkara yang saya suka, saya juga bekerja,” katanya.
Mengenai pemilihan Ajak atau nama sebenarnya Mohammad Hanaffi Razak, 26, sebagai pasangan, Elfira berkata, mereka saling mengenali memandangkan sama-sama menaungi Astro.
“Semasa saya mendapat tawaran Fear Factor Malaysia, hanya dua peserta saja yang saya tahu ketika itu iaitu abang Ajak dan Jehan Miskin. Memandangkan saya dan abang Ajak saling kenal serta sama-sama menaungi Astro, jadi saya mengajak dia untuk menjadi rakan sepasukan,” katanya.
Berbicara soal cabaran bakal ditempuhi antara satu lagi tarikan yang membuatkan si manis berusia 19 tahun yang melonjak menerusi drama bersiri Qalesya ini menyatakan persetujuannya.
Ujar Elfira, dia tidak begitu takut pada binatang walaupun ada beberapa jenis tidak disukainya. Namun paling meloyakan ketika menonton siri Fear Factor yang mempunyai francais di merata dunia adalah cabaran memakan makanan berupa organ haiwan dan binatang buas.
“Apa yang menyeronokkan mengenai Fear Factor Malaysia, peserta tidak akan berdepan dengan cabaran yang memerlukan kami makan makanan eksotik boleh membawa kesan kepada tubuh badan.
“Yang pasti, saya difahamkan akan ada cabaran membabitkan laut, kawasan tinggi termasuk binatang buas memandangkan penggambaran program ini dilakukan di Afrika. Saya akan berangkat ke sana pada 22 Oktober dan jika mampu bertahan sampai peringkat final, saya akan berada di sana sehingga 16 November,” katanya.
Sempena keberangkatan nanti, Elfira bakal mengubati rindu peminat dengan kemunculan sebuah drama dinanti ramai, Dalam Hati Ada Taman yang dibintangi bersama aktor kacak dari seberang, Randy Pangalila. Drama bersiri 13 episod arahan Michael Ang itu akan bersiaran pada 29 Oktober.
Gandingan Elfira dan Randy menerusi drama itu bukanlah yang pertama kerana sebelum ini mereka pernah menjadi pasangan kekasih dalam sebuah cereka dengan judul Biar Mimpi Sampai Ke Bintang. 
Gara-gara Elfira masih lagi menjadi bintang pilihan untuk digandingkan dengan pelakon remaja terkenal Indonesia itu, khabarnya mengundang cemburu pelakon remaja (perempuan) di negara ini.
“Dulu saya meminati Randy kerana lakonannya menerusi Cinta Kirana. Sampaikan masa ‘shooting’ dengan Michael Ang, jika ada masa terluang saya minta buka drama itu kerana saya dan mama mengikuti siri berkenaan.
“Michael yang turut menonton bersama kami memuji lakonan Randy dan berkata pada saya, mana tahu suatu hari nanti dapat berlakon dengan dia. Tup-tup! Atas usaha Michael juga, saya dapat berlakon dengan Randy dalam drama Biar Mimpi Sampai Ke Bintang.
“Bertitik-tolak daripada gandingan itu, Astro khabarnya menerima maklum balas sangat positif sehingga peminat dan penonton sendiri memberi cadangan agar drama seterusnya membabitkan kami berdua. 
“Sebagai memenuhi permintaan pelanggan, maka lahirlah drama Dalam Hati Ada Taman. Berbanding pengalaman pertama, ternyata gandingan kali ini lebih memudahkan saya dengan Randy untuk bekerja memandang sudah ada keserasian yang dibina melalui kerjasama terdahulu selain sudah faham kerja masing-masing.
“Melalui drama ini, saya memegang watak sebagai Bella yang menetap dengan ibunya di Paris dan bekerja di sebuah kedai roti. Di mana Randy yang menggunakan nama sebenarnya sebagai watak turut mencari rezeki di kedai sama.
“Kami selalu bergaduh kerana Bella tidak sukakan Randy yang sering mengusiknya. Kehidupan Bella dan ibunya yang mencabar di kota Paris membuatkan ibunya mahu menjodohkan Bella dengan anak orang kaya namun Bella enggan.
“Menyedari Randy menyukainya, Bella minta Randy menyamar sebagai tunangannya. Ingin tahu konflik yang berlaku seterusnya, kenalah menonton drama ini,” kata Elfira dengan nada suara manja.
Memiliki pelbagai kebolehan, penuntut jurusan Diploma in Entertainment Arts, Kolej Universiti KDU itu juga mempunyai bakat mengacara. Khusus untuk peminat ciliknya, Elfira akan bersiaran setiap Ahad jam 10 pagi menerusi program Rekativiti.
Rekativiti adalah rancangan kanak-kanak bawah 12 tahun yang dikendalikan bersama Zoey Rahman, di mana program itu cuba mencungkil kebolehan si cilik dalam menghasilkan rekaan mengikut kreativiti masing-masing.

Sumber : Harian Metro

padah tunjuk kemaluan


AYER KEROH – Gara-gara berkelakuan lucah terhadap seorang pensyarah, seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman denda sebanyak RM1,500 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, semalam.
R Siva, 24, dijatuhi hukuman tersebut selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Ida Rahayu Sharif.
Berdasarkan pertuduhan, Siva didapati menunjukkan kemaluannya untuk dilihat Mahfuza Jamaluddin, 28, di hadapan lif tingkat satu, Blok C, Hospital Melaka pada jam 3.50 petang, 25 September lalu.
Dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksima lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam belanya, N Gunalan merayu diberikan hukuman rendah kerana mempunyai pendapatan kecil, selain perlu menanggung dua anak dan bapanya yang tua.
Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhamad Juhari Haron meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh kerana tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Ida Rahayu kemudian mengarahkan tertuduh membayar denda RM1,500 atau dua bulan penjara jika gagal membayar denda.
Mengikut fakta kes, ketika pengadu (mangsa) menunggu lif selepas mengadakan temu janji dengan doktor di Blok C, Hospital Melaka, dia terkejut apabila seorang pengawal keselamatan di situ menunjukkan kemaluan sebelum bertindak membuat laporan polis.
HS: Padan muka! memang berbaloi hukuman yang diberikan tu.

Saturday, 29 September 2012

TANDA-TANDA WANITA MASIH DARA ATAU TIDAK



Dara
Tanda-Tanda Wanita Masih Dara Atau Tidak | Kita dapat mengenal pastinya jika bibir seorang wanita itu sangat mengancam dan berwarna kemerah-merahan. Dan rekahannya pula cantik. Selain itu, bibirnya juga bergaris-garis dan dapat dilihat dengan jelas. Dahi Yang Berkedut, Gadis yang masih memiliki dara akan mempunyai dahi yang licin. Berbanding dengan dahi wanita yang tidak berdara yang mempunyai lapisan sebanyak tiga lapis walau masih muda. Ini dapat dilihat ketika mereka bercakap, berbual dan ketawa. Kedutan ini adalah berbeza dengan kedutan wanita yang berusia.
Bentuk Punggung
Bentuk punggung juga akan menggambarkan samada seseorang itu masih ada dara atau tidak. Bagi wanita yang tidak memiliki dara, punggunggya akan kelihatan seperti terjatuh ke bawah kerana sel-sel punggungnya mengembang kerana ransangan nafsu ketika melakukan hubungan. Apabila mereka berlari-lari dan bergerak akan kelihatan ianya seperti bergoyang-goyang. Berbeza dengan gadis yang memiliki yang pejal dan tidak bergoyang.
Telinga
Telinga gadis yang mempunyai dara akan kelihatan warna kemerah-merahan dan cantik. Wanita yang tidak punyai dara telinganya akan kelihatan leper dan tidak menawan lagi.
Tumit
Cuba lihat tumit anda. Di hujung tumit anda, cuba picitkan sedikit. Sekiranya selepas picit darah anda akan kembali ke posisi asal dengan cepat, ini bermakna anda masih berdara. Jika tidak, kawasan yang dipicit itu akan pucat dan darah kembali dengan lambat. Awas! Jaga tumit anda. Banyak kepentingan dan rahsianya lagi.
Inilah kaedah-kaedah untuk anda mengenal samada seseorang itu masih dara atau tidak. Tak payahlah nak pi test kat orang yang dah berkahwin dengan halal. Selain dara-dara yang tadi, kita masih mempunyai dara yang lain iaitu yang berkaitan dengan sensitiviti apabila berhadapan dengan lelaki.

ustaz-azhar-komen-isu-gangnam-style.


ALHAMDULILLAH…Akhirnya, ada juga hamba Allah yang bertanyakan soalan pasal isu tiru gaya tarian Gangnam Style dekat ulama’/ilmuan tersohor di Malaysia iaitu Ustaz Azhar Idrus. Jom kita sama-sama lihat jawapan yang diberikan oleh ustaz tersohor kita =)
http://i.imgur.com/lk88H.jpg

gambar lubang neraka dijumpai di gurun karakum


SK: Nama "PINTU NERAKA" ini adalah sebagai gelaran yang diberikan oleh penduduk setempat.

http://i.imgur.com/uQOEQ.jpg
Pintu Neraka Dijumpai di Gurun Karakum, Turkemenistan | Ini adalah kawah yang dibuat oleh ahli geologi lebih 40 tahun lalu, dan api di dalam kawah tersebut telah terbakar sejak itu. Selamat Datang ke Derweze di Turkmenistan – atau, penduduk setempat menyebutnya sebagai ‘Pintu ke Neraka’.
http://i.imgur.com/7gmoM.jpg
Ahli geologi Soviet melakukan penggalian di lokasi itu pada tahun 1971 dan menemui sebuah lapangan yang penuh dengan gas asli. Tetapi tanah di bawah rig penggalian itu runtuh, meninggalkan lubang dengan diameter 70 meter.
Risau dengan kemungkinan lubang itu akan menyebabkan pelepasan gas beracun, pasukan geologi itu memutuskan untuk membakarnya.
Diharapkan bahawa api akan menggunakan semua bahan bakar dalam beberapa hari, tetapi gas masih menyala sehingga ke hari ini.
http://i.imgur.com/pq94d.jpg
http://i.imgur.com/cKXvJ.jpg
http://i.imgur.com/9luiZ.jpg
http://i.imgur.com/hOnWM.jpg

bagaimana Cara Menyembuhkan Hati Yang Hiba


Bagaimana Cara Menyembuhkan Hati Yang Hiba

Bagaimana Cara Menyembuhkan Hati Yang Hiba | Setiap manusia yang dijadikan Allah dibekalkan dengan akal dan emosi agar manusia boleh menjalankan kehidupan dengan sebaik yang mungkin. Emosi perlu dikawal oleh akal dan akal pula perlu dikawal oleh iman. Jika ketiga-tiga ini ada di dalam diri manusia, maka sudah pasti ia akan menjadi manusia yang baik dan soleh. Bergantung kepada cara individu tersebut untuk mengawal emosinya agar tidak keterlaluan dan sentiasa berada dalam keadaan normal.

Emosi yang hanya berpandukan kepada akal semata-mata akan menjadi sesat dan jauh menyimpang dari ajaran Islam. Contoh yang dapat kita lihat sekarang seperti ramai umat Islam yang sanggup membunuh diri kerana kekecewaan yang sangat. Ada pula yang sanggup membunuh atau mencederakan orang lain kerana terlalu marah. Tetapi apabila ia dikawal oleh akal dan iman sudah tentu orang yang sedih akan pasrah kerana ia tahu bahawa itu adalah ketentuan Allah dan setiap perkara itu ada hikmah disebaliknya.

Hati yang hiba tidak boleh kita hapuskan dan ia merupakan sebahagian daripada emosi yang telah dianugerahkan kepada manusia. Caranya untuk mengawal hati yang hiba ini ialah kembali kepada Islam seperti yang saya tegaskan di atas. Islam mempunyai penawar yang mujarab bagi mengubati segala penyakit manusia sama ada rohani atau jasmani. Hal ini sangat berbeza dengan agama-agama yang lain kerana mereka tidak ada asas pembinaan rohani kepada setiap umat mereka.

Membaca Al-Quran

Al-Quran adalah ubat yang sangat mustajab kepada manusia bagi menghilangkan perasaan hiba dan segala penyakit hati dan jasad. Setiap orang yang membaca Al-Quran akan menjadi tenang dan Allah akan memberikannya jalan keluar atas segala kesulitan yang dihadapi olehnya. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.” (Al-Isra : 82)

Seorang lelaki datang berjumpa dengan Ibnu Mas’ud. Dia mengeluh dan berkata “Wahai Ibnu Mas’ud nasihatilah aku dan berilah penawar untuk jiwaku yang gelisah ini, aku tidak tenteram, jiwa gelisah dan fikiran aku bercelaru. Ibnu Mas’ud menjawab “kalau begitu bacalah Al-Quran atau engkau mendengar orang membaca Al-Quran.

Mengunjungi Tempat Pengajian

Mengunjungi tempat pengajian juga merupakan cara untuk mendidik jiwa agar mengenali dan sentiasa mengingati Allah. Tidak rugi orang yang sentiasa mengunjungi tempat pengajian, kerana di dalam pengajian tersebut dipenuhi dengan nasihat, ilmu, ayat-ayat Al-Quran dan hadis. Ini bertujuan untuk mendidik nafsu dan emosi kita agar sentiasa bertindak mengikuti kehendak Allah dan tidak menyalahi syarak. Menuntut ilmu adalah amalan yang sangat baik dan sangat dituntut oleh Islam dan ia juga merupakan fardu ain bagi sekalian umat Islam.

Telah Berkata Muadz bin Jabal : “Pelajarilah Ilmu, karena mempelajari ilmu merupakan bentuk Khosyah (takut) kepada Allah, Menuntutnya adalah ibadah dan mempelajarinya secara bersama-sama adalah tasbih”.

Jelas di sini, orang yang rajin menuntut ilmu atau menghadiri kelas-kelas pengajian ilmu, seolahnya ia sentiasa bertasbih dan berzikir kepada Allah. Segala kepayahan, kesukaran dan kesedihan yang dihadapi olehnya akan terubat dan ia tahu bagaimana untuk bertindak sesuai dengan tuntutan Islam. Ini berbeza dengan orang yang tidak menuntut ilmu, kerana mereka sering melakukan kesalahan dalam tindakan mereka dan kadang-kadang ibadah yang dilakukan juga silap. Perkara sebegini sangat bahaya dan sangat merugikan orang yang tidak berilmu.

Sentiasa Berzikir

Untuk menghilangkan perasaan hiba yang dialami oleh seseorang, maka hendaklah ia sentiasa berzikir menyebut nama Allah. Perasaan hiba ini berlaku apabila hati seseorang itu terluka. Untuk merawat hati yang terlupa memerlukan suatu kaedah yang rohaniah dan tidak boleh menggunakan ubat-ubatan farmasi atau klinik. Zikir adalah ubat yang sangat mustajab dan sangat mempengaruhi hati seseorang yang selalu berzikir.

Jika ia berjalan tersepak batu mulutnya terus menyebut “Allah Akbar”, setelah kekenyangan dia menyebut “Alhamdulillah”, apabila ia terperanjat atau melihat sesuatu yang menakjubkan dia menyebut “Subhanallah”. Inilah yang dikatakan orang yang memiliki hati yang hidup dan sentiasa mengingati Allah. Firman Allah yang bermaksud :

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Ar-Rad : 28)

Mengerjakan Solat

Solat merupakan ibadah yang paling penting di dalam Islam, tanpa mendirikan solat! ibadah lain juga turut ditolak. Jadi kita sebagai umat Islam, jangan sesekali mensia-siakan amanah yang diperintahkan Allah ini pada setiap hari dan waktu, walaupun sibuk dengan tugasan harian, namun solat sesekali tidak pernah ditinggalkan. Hadis Nabi yang bermaksud :

“Solat itu tiang agama, sesiapa mendirikan solat maka dia telah mendirikan agama dan sesiapa meninggalkan solat dia telah meruntuhkan agama”. (Riwayat Baihaqi)

Berkata Dr. Musfir Bin Said Az-Zahrani bahawa solat adalah satu nama yang menunjukkan adanya ikatan yang kuat antara hamba dengan Tuhannya. Dalam solat, hamba seolah berada di hadapan Tuhannya dan dengan penuh kekhusyukannya memohon banyak hal kepadaNya. Perasaan ini akhirnya boleh menimbulkan adanya kejernihan spiritual, ketenangan hati dan keamanan diri di kala ia mengerahkan semua emosi dan anggota tubuhnya mengarahkan kepadaNya dengan meninggalkan semua kesibukkan dunia dan permasalahannya. Pada saat solat ia boleh sepenuhnya memikirkan Tuhannya tanpa ada interaksi dari sesiapa pun hingga pada saat itulah ia merasakan ketenangan dan akalnya pun seolah menemukan waktu rehatnya.

Jelas di sini, bahawa solat adalah sebahagian dari terapi yang boleh mengubati jiwa seseorang yang berada di dalam keadaan hiba. Semasa mendirikan solat, seseorang itu harus mengosongkan jiwa dan raganya untuk member sepenuh tumpuan kepada Allah. Segala yang berlaku sebelum solat telah diredhokannya kerana ia hendak memfokuskan seluruh hatinya kepada solat dengan harapan mendapat khusyuk kepada Allah. Secara tidak langsung, kita tidak mempunyai perasaan iri hati dan dendam kepada sesiapa yang melakukan masalah kepada kita kerana telah redho kepada ketentuan dan ketetapan Allah. Dua perkara yang dapat kita hindar setelah menunaikan solat iaitu perasaan hiba atau kecewa dan perasaan ingin melakukan kejahatan yang jelas dilarang oleh Islam. Firman Allah yang bermaksud :

“Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar’’ (Al-Ankabut : 45)

Amat rugi bagi orang yang mendirikan solat secara sambil lewa tanpa ada semangat untuk melaksanakan solat dengan baik sepertimana yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah SAW. Solat yang tidak sempurna diibaratkan seperti kain buruk dan kain itu akan dicampakkan oleh Allah ke muka kita apabila dihari perhitungan nanti.

Bersangka Baik Kepada Orang

Salah satu sifat yang disarankan oleh Islam ialah bersangka baik kepada orang lain(husnuzon) dan ia adalah salah satu dari sifat mahmudah yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Punca timbulnya rasa tidak tenang kepada orang lain adalah kerana kita mempunyai perasangka yang tidak baik kepada orang lain sehingga menyebabkan hubungan kita dengan orang tersebut tidak selesa. Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Hujurat : 12)

Sikap berbaik sangka ada banyak kebaikannya di antara diri kita dan orang lain. Orang yang berbaik sangka sentiasa mudah untuk menerima orang lain di dalam kehidupannya walaupun orang tersebut tidak mempunyai apa-apa pertalian darah darinya. Walaupun begitu, dia menganggap orang lain seperti saudaranya yang dekat dan sentiasa mudah untuk membantu dan menjalinkan hubungan sosial dengan orang lain. Malah inilah perkara yang dianjurkan oleh Islam, kerana setiap umat Islam itu adalah bersaudara. Ibarat tangan kanan dicubit tangan kiri juga turut merasai kesakitannya.

Selain dari itu, hubungan persaudaraan sesama Islam menjadi lebih baik dan lebih inteam di antara satu sama lain. Ini berlaku adalah disebabkan oleh perasaan yang bebas dan hati yang terbuka dari sebarang sikap dan sifat yang buruk terhadap saudaranya yang lain. Segala kesalahan dan teguran dari orang lain akan dinilai olehnya dengan positif, jika teguran itu baik menuruti lunas-lunas undang-undang Islam akan diterimanya dengan tenang. Manakala yang tidak menepati kehendak Islam akan ditolaknya dengan alasan yang baik dan terbuka. Sekiranya orang lain melakukan kesalahan kepadanya seperti mencerca dan menyakiti hatinya, ia akan segera memaafkan orang tersebut dan diubati kesakitannya dengan zikir dan mengingati Allah.

Segala garis panduan yang diberikan di sini, boleh mengubati perasaan yang hiba itu, kerana hati yang hiba tidak boleh diubati dengan ubat, ia mesti diubati dengan rawatan rohani yang hanya terdapat di dalam agama Islam sahaja. Islam meliputi semua aspek iaitu rohani dan jasmani dan merupakan pelengkap kepada kehidupan manusia.Setiap apa yang berlaku kembalilah kepada agama Islam, nescaya Islam itu mempunyai kaedah yang tersendiri dan mampu mengubati seluruh penyakit yang ada pada manusia.

Dawai Keluar Dari Perut wanita !




 KISAH BENAR. Kisah aneh ini berlaku kepada seorang wanita bernama Noorsyaidah berusia 40 tahun. Pada mulanya Noorsyaidah seorang yang ceria serta ringan tangan membantu orang lain, namun ketika berusia 22 tahun iaitu pada tahun 1991 ,penyakit aneh telah menimpanya. Dawai keluar daripada perutnya.Namun dia tetap tabah menghadapi segala dugaannya. Berikutan itu, 

Perasaannya tertekan dan takut untuk berkahwin kerana khuatir bakal suaminya tidak dapat menerima penyakit aneh yang dihadapinya. Anda tengok video ni dan nilai sendiri.... Adakah ada unsur2 sihir?? x mustahil...apatah lagi kejadian ini berlaku di Indonesia....kan?  







Ada Yang Misteri Dan Unik Tentang Gambar Ini!


Geng, jemput tengok gambar ni..ada yang misteri dan unik....tengok apa yang misterinya....  




Tak jumpa?

Rileks2....tengok kat bawah ni...



v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v




























Subhanallah...Daging Ini Tertera Khalimah Allah?


Assalamualaikum dan selamat membaca

Berkatnya daging lembu yang disembelih. Untuk makluman tanah surau ini diwakaf oleh (Pok Bakar).

Pada 18 September 2010  di surau Darulsalam (Pok Bakar) depan stesen minyak ESSO Paka telah mengadakan jamuan Hari Raya Aidil Fitri. Seekor lembu telah disembelih dan dagingnya telah dimasak singgang untuk  jamuan. Kebetulan petang itu selepas solat zohor Ustaz Saiful datang makan.

Semasa tengah makan tu berita gempar dari anak Pok Bakar yang sedang menambah  lauk di khemah perempuan telah terjumpa kalimah Wallahu. (Allah) disekeping daging yang dihidangkan, tidak sampai beberapa minit terjumpa satu ketul   daging lagi serupa kalimah Allah lagi. Ramai yang sempat merakamkan gambar ketulan daging tersebut.

Pada sebelah pagi semasa siang daging lembu itu tersebut daging tak habis untuk dilapah, sehingga dah dimasak 2 kawah daging masih lagi tak habis disiang.

Pok Bakar pun merasa hairan kenapa daging ni menjadi banyak. Harga seekor lembu hanya RM 2,400 jer. Jamuan sampai lepas solat asar masih ada lagi. itu lah dia kekuasan Allah SWT.      






WANITA DAKWA DIPUKAU DAN DICABUL


KUALA LUMPUR: Seorang wanita mendakwa dipukau sebelum menuruti arahan seorang lelaki yang memintanya masuk ke dalam kereta Perodua Viva berwarna putih sebelum dicabul, Rabu lalu.
Dalam kejadian jam 5.40 petang itu, mangsa berusia 26 tahun berjalan berseorangan ke hentian menunggu bas berhampiran Jalan Pahang sebelum tiba-tiba kereta dipandu seorang lelaki berhenti dan terus memanggil namanya.

Menurut sumber, mangsa menghampiri kenderaan itu sebelum lelaki berkenaan memperkenalkan diri dan bertanya sama ada mengenalinya atau tidak.
“Bagaimanapun mangsa memberitahu tidak mengenali lelaki itu.

“Suspek kemudian terus membuka pintu dan menarik mangsa masuk ke dalam kenderaannya. “Mangsa ketika itu tidak cuba melawan sebaliknya akur dan mengikut suspek yang menyatakan hasrat mahu menghantar mangsa pulang ke rumahnya di Sungai Besi,” katanya.

Sumber berkata, ketika dalam perjalanan, suspek mengambil kesempatan memegang alat sulit mangsa beberapa kali, namun tidak dapat melawan seolah-olah dipukau.
“Suspek turut mengambil nombor telefon mangsa sebelum menghantarnya pulang,” katanya.

Friday, 28 September 2012

Luahan Hati Wanita Sederhana Itu


Di dunia moden hari ini…

Pilihlah untuk menjadi gadis biasa yang sederhana pada cara dan gaya...


Tanpa eye shadow dan pemerah pipi,..


Tanpa wangian semerbak yang menarik perhatian,..


Tanpa gemerincing loceng gelang kaki...


Tanpa tumit tinggi yang berdetak detak,..


Tanpa tudung singkat dan selendang jarang yang mendedah dada,..


Tanpa pakaian menjolok mata....




Susah???
Memanglah....
Jiwa muda....
Warna-warni menggamit mata...
Rasa ingin mencuba membara-bara...
Tapi harus sedar diri,...
Tanpa semua itu pun,...
Kamu sudah pun menjadi perhatian...

Memilih untuk menjadi hanya gadis biasa,...
Biar tidak up to date,..
Biar tidak bergaya..

Yang Penting..
Hati.. Dan Amalannya..
Jika Dipandang.. Sejuk Hati Rasanya..
Mashallah..
Wanita..

INGATLAH.. DIRIMU BEGITU BERHARGA..
JAGA LAH SEGALA AMALAN MU..
INSYALLAH.. DIRI MU AKAN SEMPURNA DAN BAHAGIA..

Izara aisyah Jujur Beritahu Sudah Ada Teman Lelaki


KUALA LUMPUR – Pelakon wanita yang kian mencipta nama dalam dunia lakonan, Izara Aishah jujur mengakui yang dirinya sudah pun mempunyai teman lelaki yang seusia dengannya.
Sebelum ini, Izara langsung tidak pernah menceritakan soal peribadi kepada pihak media dan berjaya menyimpan ‘rahsianya’ itu dari pengetahun umum.
Bagaimanapun, kerana dia takut dilabelkan sebagai menipu peminat, Izara akhirnya dengan rela memberitahu kebahagiannya kepada umum.
Justeru, dia tidak mahu ada pihak-pihak yang mudah tersalah anggap tentang kehidupan peribadinya.
“Izara mengaku yang sebenarnya Izara sudah lama mempunyai teman lelaki.
“Izara sebenarnya takut kalau peminat sendiri yang terserempak dengan Izara bersama teman lelaki.
Jadi adalah lebih baik jika Izara mengaku terlebih dahulu sebelum orang membuat pelbagai spekulasi,” kata Izara yang dipetik dari Media Hiburan, semalam.
Memikirkan dia masih lagi jauh untuk meneruskan kerjaya sebagai pelakon, Izara tidak mahu namanya menjadi buruk hanya kerana kisah peribadi yang tidak diberitahu kepada umum.
Jadi, seboleh mungkin Izara mahu mengelak sebarang perkara atau cerita yang boleh menyusahkan dirinya di kemudian hari.
“Lebih baik rasanya cakap benda betul kerana Izara tidak mahu susah di kemudian hari. Nanti nama Izara juga yang tercemar kerana dikatakan menipu peminat,” katanya.