Berita beliau berhijab selepas memeluk Islam mengejutkan ribuan peminatnya apabila buat pertama kali tampil memakai hijab di hadapan peminatnya.
Menceritakan kisah silamnya, Diam berkata, walaupun dia seorang yang terkenal namun dalam hatinya, tiada siapa yang tahu bagaimana dia menangis setiap malam kerana hatinya berasa kosong dan kesepian.
“Saya merupakan penagih dadah tegar, sering berasa halusinasi dan terpaksa masuk ke pusat rawatan mental untuk pulih, sehinggalah seorang rakan Muslim saya memberitahu bahawa dia ingin bersolat. Dengan memeluk Islam, hidup saya lebih tenang dan saya juga tahu tujuan sebenar kita diciptaNya,’’ katanya.
Diam yang telah berkahwin lebih setahun lalu, kini bergelar ibu dan telah pulih sepenuhnya daripada masalah ketagihan dadah.
Ditanya mengenai pemakaian hijab itu, Diam berkata dia tidak berasa kecil hati apabila dikritik namun kecewa dengan pandangan steorotaip penduduk Perancis terhadap wanita berhijab.
No comments:
Post a Comment