Monday, 1 October 2012

black nafi bersekedudukan dengan kekasih




Penyanyi Black mengakui yang baru-baru ini beliau memang ada bercuti ke sebuah pulau bersama kekasih yang dikenalinya sejak Aidilfitri lalu. 

Bagaimanapunmemetik laporan wartawab Zubir (Berita Harian), Black menjelaskan dia dan kekasihnya itu bukan berduaan seperti yang di dakwa tetapi ditemani oleh tiga orang rakan mereka sekali ketika itu.

“Sekiranya staff resort beritahu hal ini kepada media, memang mereka ada melihat saya makan berdua sahaja bersama teman wanita ketika itu,” ujar Black.

“Namun saya agak terkilan apabila gosip berkenaan turut ada mempertikai bangsa Melayu dan agama Islam saya. saya masih tahu agama dan batas dalam pergaulan,” katanya lagi. 


No comments:

Post a Comment