Monday, 1 October 2012
aaron aziz rela perbodohkan diri sendiri dalam ngorat
Sebagai seorang pelakon dan mahu dikenali sebagai seorang pelakon versatil, dia perlu tampil dengan kelainan dalam setiap lakonannya. Kerana itu dia tidak melepaskan peluang apabila ditawar menghidupkan watak Arjuna Kasih dalam filem Ngorat walaupun sehingga sanggup memperbodohkan diri sendiri?
Melakonkan lapan karakter berbeza dengan penampilan kali ini yang agak gila-gila, pelakon Aaron Aziz benar-benar lari dari watak yang biasa di mainkan baik di kaca TV mahupun layar lebar.
"Bukan selalu saya ditawarkan filem yang bergenre komedi. Sebab tu bila dapat tawaran ni datang, saya terima sebab lagipun saya tak perlu risau dengan watak kali ni.
"Ini juga peluang saya cuba sesuatu yang berbeza. Ajuna Kasih ni saya tampil dengan dan karakter gila-gila dan saya seronok melakonkannya.
"Takpelah bodohkan diri sediri. Saya tak perlu jadi serius dan kontrol macho, saya pun nak belajar lagi benda lain dan nak cuba watak-watak yang yg tak pernah saya bawakan sebelum ini. Sekaligus beri kelainan pada penonton", kata Aaron Aziz ketika ditemui baru-baru ini.
Aaron mengulas mengenai watak Arjuna Kasih yang yang muncul dalam bentuk fizikal, bagaikan pari-pari dan berjanji akan membantu Ijam di dalam usah mencari cinta.
Pun begitu, Aaron tidak dapat menyembunyikan perasaan bimbang terhadap penerimaan peminat. Lantas Bintang Popular ABPBH'11 ni berkata kali ini dia lebih berhati-hati dan mengambil jalan selamat dengan menghidupkan Arjuna Kasih dalam filem itu mengikut skrip dan bimbingan pengarahnya Prof Madya A Razak Mohaideen.
Barisan pelakon 'Ngorat'.
"Ini pertama kali saya mainkan watak komedi. Saya tidak berpengalaman jadi saya tidak berani memandai-mandai ketika berlakon. Saya bimbang kalau terlalu mencuba untuk buat kelakar tetapi ia tidak menjadi. Jadi saya ambil jalan selamat dengan mengikut sahaja skrip dan bimbingan Prof (A Razak)," katanya.
Dalam perkembangan lain, Aaron kini sedang terlibat dalam penggambaran filem Lari arahan Ahmad Idham di Perlis.
Dia juga bakal terbang ke Capetown, Afrika Selatan pada minggu depan bagi mengacarakan program realiti Fear Factor Selebriti Malaysia untuk tayangan Astro Ria (saluran 104) dan Mustika HD (saluran 134).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment