Saturday 27 April 2013

3 Bulan hamil Tidak Halang Anne Ngasri Sertai Kempen Suami





Walaupun sedang hamil tiga bulan, Anne memberitahu dia seronok dapat menemani suaminya berkempen untuk Barisan Nasional di Pontian, Johor.
  
PETALING JAYA: Walaupun sedang hamil tiga bulan, pelakon Anne Ngasri tetap menemani suaminya, Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda Umno, Mohd Sumali Reduan untuk berkempen dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Anne atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri, 29, berkata, setiap Jumaat hingga Ahad dia dan suaminya akan ke Pontian, Johor untuk membantu calon di kawasan tersebut memperkukuhkan kempen bagi kemenangan Barisan Nasional (BN).
"Keadaan saya yang hamil tidak menghalang untuk saya menemani suami berkempen malah saya cukup bersemangat.
"Bagaimanapun bukan setiap hari saya keluar berkempen tetapi mengikut kesesuaian dalam keadaan berbadan dua. Namun peluang turun berkempen cukup menyeronokkan," jelasnya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.
Dalam pada itu, Anne berkata, pengalaman pertama turun padang membantu calon PRU-13 bagi Parlimen Pontian iaitu Datuk Ahmad Maslan sangat berharga buatnya.

Anne berkongsi gambar bersama suaminya, Sumali ketika menghadiri sebuah majlis di Pontian baru-baru.
Jelas Anne, dia tidak berasa kekok menyertai aktiviti itu kerana dia sendiri adalah seorang ahli Umno.
Sementara itu, Anne berkata, selepas ini dia akan mengurangkan aktiviti seni sehingga dijangka bersalin pada September depan.
Kandungannya kali ini tidak mempunyai sebarang masalah dan pengalaman melahirkan tiga cahaya mata sebelum ini banyak membantu Anne mengawal situasi.
"Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan peluang ini saya akan gunakan untuk menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga dan Insya-Allah saya akan kembali aktif selepas bersalin kelak," katanya.
Anne dan Sumali mendirikan rumah tangga buat kali kedua pada 22 Disember 2012.
Hasil perkahwinan terdahulu bersama bekas suami, Abdul Wafi Hassan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Abdul Warits, 5, Abdul Wafri, 4, dan Nazharah Afrozah yang kini berusia tiga tahun.
Sumali pula mempunyai seorang anak lelaki, Sufian Hakim, 8, hasil perkahwinan terdahulunya.

Friday 19 April 2013

Christiano Ronaldo Diberikan Al-Quran.




C.Ronaldo diberikan Al-Quran selepas rakaman 'Mobily' . sy berharap sangat2 pemain yang berasal dari Portugal ini akan terbuka pintu hatinya untuk memeluk Islam , amin .. :D

Thursday 18 April 2013

Baru Darjah 6 Kena Tangkap Isap Dadah..


KUANTAN - Seorang murid lelaki Tahun Enam antara 22 individu yang ditahan pihak polis dalam operasi membanteras penyalahgunaan dadah di Kuantan.
  
Murid sekolah rendah itu ditahan bersama penagih lain di sebuah bengkel besi dekat Gudang Rasau di sini dalam operasi pukul 6 petang kelmarin.
  
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang Supt Yap Toon Khuan berkata murid itu disahkan positif dadah jenis pil kuda.
  
"Murid itu juga mengaku menghisap rokok sejak awal usia sembilan tahun," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
  
Bengkel itu dipercayai menjadi tempat kanak-kanak itu dan penagih lain berkumpul bagi melepaskan gian, katanya.
  
Katanya, kanak-kanak terbabit dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
  
Baki 21 penagih lain berusia 20 hingga 30 tahun itu pula ditahan  mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan Seksyen 12 (2) serta Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah serta memasukkan dadah dalam badan. - Bernama

INFO : BAGAIMANA ULAR BOLEH BERGERAK TANPA KAKI ?


18/04/2013


Ular walaupun tidak mempunyai kaki dan tangan tetapi boleh bergerak dengan sangatmudah. Cara ular bergerak sememangnya sangat unik dan tidak dimiliki oleh haiwanmelata yang lain. Satu kajian pakar meneliti bagaimana ular boleh bergerak cepatwalaupun tidak mempunyai tangan dan kaki.

Kita tahu ular boleh bergerak ke atas maupun ke bawah dengan bantuan pelbagai bendaseperti batu, batang pokok, dan lain-lain. "Benda-benda sekitar hanya mempermudahkan ular untuk bergerak bukan dan tidak menjelaskan bagaimana ularbergerak," kata David L. Hu, dari Institut Teknologi Georgia dan Universiti New York, Amerika Syarikat.

DrHu dan pasukan penyelidik kemudian cuba menjelaskan bagaimana ular bolehbergerak. Rahsianya ternyata terletak di struktur dan skala tubuh ular yang bolehdisesuaikan dengan pergerakan ular. Percubaan dilakukan dengan meletakkan ular dalam kain yang telah diikat. Ular tetap saja boleh bergerak keluar dan masuk tanpakesulitan.

Dengan menggunakan alat, struktur tulang dan skala tubuh ular boleh terlihat.Pergesaran struktur tulang dan skala yang membautkan ular boleh bergerak denganmudah walaupun tanpa alat untuk membantu. Jenis pergeseran pun berubah-ubahbergantung dari tempat ular berada. Untuk itu sekarang anda mungkin sudah tahubagaimanular boleh bergerak tanpa kaki dan tangan. 

Wassalam, Wa'allahhualam.

saya belum bersedia...zizan razak


 

Dikarang Oleh  | April 18, 2013 at 8:27 pm | 0 Comments | Hiburan 
Siapakah wanita yang berjaya mencuri hati Zizan Razak ini? Juliana Evans? Kaka? Emma Maembong? Atau mungkinkah Nora Danish? Menjadi persoalan betul apabila Zizan mengakui yang dia sudah jatuh hati dengan seorang wanita yang rapat dengan dirinya.
zizan razak
Yang menariknya, sempena hari jadi Zizan, wanita tersebut menghadiahkan sebuah iPhone 5 kepadanya. Untunglah Zizan. Namun begitu, wanita tersebut masih tidak mengetahui isi hati Zizan kerana dia masih tidak meluahkannya. Kata Zizan kepada Mstar Online:-
Saya memang berkenan dengan seorang wanita yang cukup rapat dengan saya. Tetapi dia belum tahu lagi isi hati saya terhadapnya dan saya belum bersedia untuk memberitahunya.
zizan
Zizan mengakui yang dia jatuh hati dengan wanita tersebut kerana wanita tersebut bersifat sederhana dan tidak terlalu seksi. Namun persoalannya di sini, siapakah wanita tersebut?

TARIAN COMEL, CHICKEN DANCE OLEH EMMA MAEMBONG ( VIDEO)



 TARIAN COMEL, CHICKEN DANCE OLEH  EMMA MAEMBONG ( VIDEO)







 TARIAN COMEL, CHICKEN DANCE OLEH  EMMA MAEMBONG ( VIDEO)


Video Proses Mencantikkan Wajah Emma Maembong,Video berkenaan merupakan rakaman dibelakang tabir sesi fotografi yang dihdadiri Emma Maembong untuk menghias cover pages atau muka depan majalah remaja edisi 15 april 2013

Pihak majalah remaja terkejut kerana jumlah tontonan yang diterima video belakang Tabir Emma Maembong begitu banyak sekali yang sudahpun mencecah 15,000 tontonan 

mungkin tarian comel yang dilakukan oleh Emma Maembong (chicken Dance)adalah sebagai penarik video tersebut



video perempuan jahil yang mempersendakan solat...astafirullahalazim









Jom tonton Video Dibawah


Apakah yang sesuai kita berikan Pada Perempuan Puaka ini?
"Siapa kita hendak mempersendakan Allah"


Kalau dulu saya pernah menulis tentang 'Siapa kita hendak menegur Allah',tapi kali ini 'Siapa kita hendak mempersendakan Allah'.

Mempersendakan Allah..?..Macamana..?

Mungkin tanpa kita sedari,kita selama ini telah mempersendakan Allah.Malalui apa yang diterangkan oleh khatib semalam,mempersendakan Allah samalah seperti melakukan maksiat setelah solat atau lebih mudah lagi kita melakukan maksiat setelah kita melakukan ketaatan kepada Allah.

Cuba kita perhatikan diri kita,adakah selama ini kita telah mempersendakan Allah.Saya sendiri rasanya juga pernah mempersendakan Allah.Semoga Allah mengampuni hamba-Nya yang hina ini.

Saya ambil contoh selepas menunaikan solat jumaat.Kelihatan hampir kesemua jemaat berpusu-pusu keluar.Berebut untuk keluar cepat sehingga ada yang sanggup menolak orang lain semata-mata ingin keluar dengan segera.Bukankah ini satu perkara yang tidak disukai oleh Allah dan bukankah ini juga bermakna telah mempersendakan Allah.

Kita tadinya melakukan solat.Mengabdikan diri kita sebagai hamba dihadapan-Nya,sujud menyembah-Nya,tapi setelah itu,kita ingkari suruhan-Nya,kita langgar perintah-Nya.Ketahuilah bahawa kita telah mempersendakan Allah.

Banyak lagi perbuatan yang boleh ditakrifkan sebagai perbuatan mempersendakan Allah.Tapi apa yang sama ingin tulis pada hari ini hanyalah berkaitan dengan selepas solat membuat maksiat.

Kalau kita perhatikan ayat Allah yang bermaksud

"Sesungguhnya solat itu mampu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar"

(Surah Al -Ankabut : 45)

Jadi,kalau kita perhatikan melalui Firman Allah diatas,Allah mengatakan bahawa solat itu mempu mencegah dari perbuatan keji dan perbuatan mungkar.Tapi,kenapa masih ada yang solatnya lengkap 5 waktu,tapi masih lagi bergelimpangan dengan dosa dan maksiat.

Kenapa..?

Ini kerana solat yang dikerjakan itu tidak lahir melalui hati yang ikhlas dan solat yang dilaksanakan itu tidak mempunyai kualiti.Kuantiti solat itu mungkin lengkap,tapi kualitinya tidak ada.Jadi,inilah penyebabnya kita mempersendakan Allah.Tahu tidak tahu,kita sudah mempersendakan Allah.

Kenapa kita tidak cuba untuk menambah kualiti dalam solat kita,agar solat yang kita kerjakan sampai tahap yang dinyatakan oleh Allah dalam Firman-Nya diatas.Disebabkan sikap remah individu hari ini,solat itu hanya dilihat dari 'kualiti' yakni solat 5 waktu sahaja sudah mencukupi,memang sudah mencukupi solat 5 waktu sehari,tapi bukankah lebih baiknya andai solat itu mempunyai kualiti yang boleh menghalang diri kita dari perbuatan keji dan mungkar.

Ramai orang hari ini kita lihat,solatnya penuh 5 waktu tapi akhlak entah ke mana.Solatnya penuh 5 waktu,tapi adabnya entah dimana.Ini juga telah mempersendakan Allah.Kita telah sujud kepada-Nya sebagai tanda kita mengakui kebesaran-Nya,tapi sebaik kaki kita melangkah keluar dari masjid,seperti hilang sudah Allah dalam diri kita.Nau'zubillah.

Oleh itu,marilah kita cuba periksa diri kita satu persatu.Bagaimana dengan solat kita adakah cukup dari kuantiti dan kualitinya.Perhatikan diri kita adakah selama ini kita telah mempersendakan Allah.

Semoga Allah mengampuni hamba-hamba-Nya yang penuh dosa ini


Read more: http://www.aadesigns94.com/2013/04/sah-kafir-video-perempuan.html#ixzz2QpM1k0Jg

tonton secara online IP Man The Final Fight2013(percuma)

free view=====>>http://utube-my.blogspot.com/2013/04/ip-man-final-fight-2013.html

Saya Terkejut Nama Anak Fasha Sandha Hampir Sama Dengan Nama Anak Saya - Nora Danish




Untuk anda yang tidak tahu, hanya satu huruf yang berbeza pada nama anak Fasha Sandha dan anak Nora Danish. Anak Fasha bernama Putra Rayfal manakala anak Nora Danish bernama Putra Rayqal.

 
Berkata kepada Harian Metro hari ini, Nora Danish mengakui yang dia turut terkejut dengan perkara tersebut. Kata Nora Danish:-
Alhamdulillah, selamat semuanya. Apapun, saya juga terkejut kerana Fasha dan Rizal menamakan anak mereka hampir sama dengan anak saya, Putra Rayqal Ramli. Apapun, kita harap yang terbaik buat semua



17 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Anda Pangkah Kertas Undi #PRU13 # TolakPR






Manifesto Barisan Nasional telah dilancarkan dengan jayanya semalam. Rata-rata, Manifesto tersebut dipuji dan dianggap terbaik kerana amat menyeluruh serta padat. 

Dalam pada itu juga, tidak salah jika dikatakan bahawa Manifesto Pakatan Rakyat juga hebat bunyinya di mana segala-galanya percuma, murah dan mudah bagaikan hidup di dalam syurga dunia. 

Namun, bak kata orang, sesuatu yang terlalu baik sehingga sukar untuk dipercayai, kemungkinan besar ia memang tidak boleh dipercayai. Ini terbukti apabila Pakatan Rakyat sendiri mengakui bahawa Manifesto mereka pada 2008 dahulu bukan janji. 

Justeru, tidak hairanlah apabila terlalu banyak yang dijanjikan telah tidak mereka ditunaikan. Malah, ada di antara pemimpin mereka sendiri yang turut menyatakan kesilapan dalam menabur janji yang terlalu banyak dalam pilihanraya yang lalu. 

Sebenarnya, menabur janji tidak apa, asalkan ia ikhlas dan mempunyai asas untuk ditunaikan. Oleh itu, sebelum janji dibuat, haruslah terlebih dahulu berfikir, mengkaji dan menganalisa bagi memastikan ianya berasas dan mampu untuk ditunaikan. Jika manusia biasa dipegang kepada janji-janjinya, maka tentulah lebih-lebih lagi bagi seorang manusia yang ingin memerintah negara. 

Berbeza dengan PR, sehingga kini, BN telah terbukti sebagai parti yang tidak pernah berjanji kosong. Malah BN dengan megah dan beraninya menjadikan ungkapan ‘Janji Ditepati’ sebagai slogan Kemerdekaan yang lalu. Tidak mungkin slogan itu dipilih jika BN tidak serius dalam berjanji. 

Menyedari sikap bertanggungjawab BN, maka tidak hairanlah rakyat tertunggu-tunggu Manifesto BN diumumkan. Dan ternyata, Manifesto yang diumumkan oleh Dato’ Seri Najib semalam, telah tidak menghampakan, malah meningkatkan lagi keterujaan rakyat untuk terus menyokong BN. 

Antara janji-janji BN ialah:

1. Menangani Kos Sara Hidup

2. Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar

3. Menyediakan Rumah Mampu Milik

4. Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti

5. Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam

6. Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar

7. Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif

8. Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara

9. Meningkatkan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam

10. Memperkasa Penyertaan Wanita

11. Memenuhi Aspirasi Belia

12. Merancang Jaringan Keselamatan Sosial

13. Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama:

14. Memerangi Gejala Rasuah

15. Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus

16. Gerakan Kesederhanaan Global

17. Memulihara Sumber Semula Jadi



Beberapa janji di atas bukanlah perkara baru, antaranya, Menangani Kos Sara Hidup di mana termasuk di dalamnya skim BR1M dan KR1M. Namun, apa yang menarik ialah janji tersebut dipertingkatkan lagi dari segi jumlah dan jangka masa di mana skim itu kini akan dilaksanakan secara tahunan. 

Begitu juga dengan janji-janji mengenai memerangi rausah, memperkukuh perkhidmatan awam, menyediakan rumah mampu milik, meningkatkan keselamatan dan lain-lain lagi yang mana merupakan satu janji yang telah, dan sedang ditepati, cuma ianya kini diikrarkan untuk diteruskan di samping dipertingkatkan lagi.

Oleh itu, walaupun kita mungkin mendengar Manifesto yang lebih indah dari PR, namun, apalah ertinya jika ia bukan merupakan satu janji berbanding Manifesto BN yang disifatkan sebagai Akujanji oleh Perdana Menteri sendiri. 

Dengan hakikat bahawa PR telah pun terbukti tidak melaksanakan apa yang tersenarai dalam Manifesto terdahulu, tentulah kurang bijak bagi mana-mana rakyat untuk terus mempercayai parti pembangkang itu, kali ini. 

Sedangkan, dalam menentukan masa depan negara, keluarga dan diri sendiri, tidak boleh tidak, kita wajib berpegang kepada sesuatu yang pasti. Kita tidak boleh mengambil risiko menyerahkan masa depan kita kepada parti yang bukan sahaja tidak boleh dipercayai malah, sehingga kini masih belum pasti siapakah bakal Perdana Menteri. 

Hakikatnya, BN adalah sebuah parti yang teguh dan pasti. Kita pasti dengan Dato’ Seri Najib sebagai Perdana Menteri, serta kita yakin dengan Manifesto BN sebagai sebuah Akujanji. 

KURANG AJAR!!! ISLAM DIHINA KERANA UNDI!!!





UNDI ITU HAK MASING2. TAPI AGAMA JANGAN DIHINA DAN DIKEJI!!!


KEPADA DANIEL KHOO, ADMIN MINTA YOU BUAT PERMOHONAN MAAF SECARA TERBUKA ATAU U NANTIKAN KESANNYA!!!!





Adakah ini yang kita mahukan? Adakah Ini yang dinamakan kebebasan bersuara?
Woi Daniel Khoo!!! SPR buka pendaftaran pengundi sepanjang tahun beb!!!

Bukan alasan pendaftaran ditutup.
Lu mau kempen saper wa takde hal!!
Tapi lu hina agama GUA BEB!!!
Lu kena Ingat, 
ISLAM BUKAN AGAMA HANYA UNTUK UMNO BN
ISLAM AGAMA UNIVERSAL
UNTUK SEMUA!!!

Lu Jangan Cari Pasal!!

VIDEO : KURANG AJAR!!! Polis Trafik Dipermainkan!!!



Ni aper citer ni?? Ntahlah... Tapi nampak gaya memang sengaja dirancang untuk "MEMPERBODOHKAN" Polis Trafik. Itu Pandangan Peribadi BB.


Korang Yang Bijak Pandai Boleh Tafsir Sendiri Perlakuan 2 Mamat Yang "Terpelajar" lagi "Bijaksana" Ini.



Gambar Hiasan


Lihat Video Ini :





Bagi BB, Video ini jelas menunjukkan 2 perkara :

1. Tohmahan Mengatakan Anggota Keselamatan Kita Khususnya PDRM Tidak Berperikemanusian Dalam Mengendalaikan Kes Atau Tugasan Mereka Adalah Tidak Benar Sama Sekali.

2. Amat Kurang Ajar Bagi Golongan "TERPELAJAR" Menggunakan Apa Yang Dia "BELAJAR" Untuk Melepaskan Diri Apabila Melakukan Kesalahan.


INI PANDANGAN PERIBADI BB.

Korang?????

Video Artis Popular di 1M4U Mengaku dibayar oleh BN @fizoOmar, @Adi Putra @Remy Ishak @awalashaari @hattan



Ni Haa... Dalam segelintir artis kita yang menyertai PAS, sebenarnya  masih ramai artis-artis kita ni yang sebenarnya tetap teguh bersama-sama menjayakan agenda Kerajaan. Bukan sorang, bukan dua beb, RAMAIIIIIII beb.


Video-video ini gua cuma share daripada rakan-rakan blogger yang dah upload di youtube. Tumpang share yer kawan2. BOLEHKANNNN...



Fizo Omar

Altimet
Adi Putra
Sumber : Gossip Rakyat
Hattan
Kecik Raja Lawak
Ali Mamak
Ana Rafali
Iqram Dinzly
Mr Os
Awal Ashaari dan Scha Alyahya
Remy Ishak
Shiro Raja Lawak
Banyak tu bro..... tak kan la semua ni dibayar oleh UMNO BN tuk sertai 1M4U.... Ha..haa... ada ker diorang ni bawa tong/ tin untuk kutip derma??? Hahaha..

ARTIS POPULAR DUDUK SERUMAH DENGAN KEKASIH



Kisah seorang artis popular yang dikatakan duduk serumah dengan kekasih hatinya. Mungkin berita sebegini sebenarnya sudah biasa kita dengar. Cuma sumber yang memberitahu berkata, pasangan tersebut sememangnya dikenali. Sudahlah belum berkahwin dan duduk bersama, lagak mereka saling tidak tumpah seperti pasangan suami isteri.

Memandangkan awak itu, artis popular yang dikenali ramai, tidak moleklah berkelakuan begitu. Kalau tertangkap dengan jabatan agama, tidak pasal-pasal kecoh seantaro Malaya pula.

Pesan sumber itu, lagi, masih belum terlambat untuk mereka menyedari kelakuan sumbang mereka itu. Malah khabarnya jiran-jiran sudah menghidu perkara itu, hanya menunggu masa sesuai saja untuk menyerbu mereka.

Jadi sebelum berlaku perkara yang tidak diingini, cepat-cepatlah berubah atau kahwin sahajalah agar dapat membendung daripada melakukan maksiat berterusan

Hari Kekasih La Sangat!!! Remaja 13 Tahun Dicekup JAWI - VIDEO




KUALA LUMPUR: "Duit saya sudah habis, tidak dapat balik rumah, sebab itu terpaksa tidur dengan kakak," kata seorang remaja lelaki mengaku berusia 13 tahun yang dicekup ketika berdua-duaan bersama seorang gadis yang didakwa saudara kandung dalam bilik sebuah hotel bajet di ibu negara, awal pagi tadi.

Bagaimanapun ketika ditanya penguat kuasa, remaja berkenaan menukar pula kenyataannya dengan mengatakan gadis berusia 20 tahun itu adalah teman wanita abangnya dan mereka terpaksa tidur bersama kerana tidak dapat menghubungi keluarga.
Pasangan berkenaan antara 10 yang ditahan dalam operasi cegah maksiat sempena hari kekasih yang dijalankan penguat kuasa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) di sekitar ibu kota bermula jam 11 malam semalam sehingga 5 pagi tadi.

Kesemua yang ditahan berusia 13 hingga 50 tahun dan disiasat di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang membawa hukuman denda dan penjara jika sabit kesalahan.
Selain pemeriksaan hotel bajet, 60 penguat kuasa Jawi turut melakukan rondaan di sekitar Taman Tasik Titiwangsa dan mengeluarkan notis hadir untuk sesi kaunseling kepada tiga pasangan yang didapati berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai.

Operasi diketuai Ketua Pegawai Penguatkuasa Jawi, Wan Jaafar Wan Ahmad dan Pegawai Perhubungan Awam Kanan, Tuan Asmawi Tuan Umar.





Sumber - Harian Metro

APA NAK JADI!! Tipu Ibu Untuk "Raikan" Ulang Tahun Bersama Kekasih




Pelajar berusia 16 tahun ini dicekup berkhalwat selepas menyambut ulang tahun pertama perkenalan dengan teman lelakinya, awal pagi semalam.


Dalam serbuan kira-kira jam 3.10 pagi itu, gadis berusia 16 tahun itu didapati sedang tidur bersama teman lelakinya berusia 18 tahun tanpa seurat benang dipercayai baru selesai mengadakan hubungan seks.

Difahamkan, pasangan terbabit yang saling mengenali antara satu sama lain sejak setahun lalu mengakui sering datang ke hotel berkenaan dan akan mengadakan hubungan seks setiap kali berjumpa.

Pelajar tingkatan empat ini sanggup menipu ibu sendiri dengan menyuruh menghantarnya ke sebuah restoran makanan segera di bandar ini dan memberi alasan mahu berjumpa dan bermalam di rumah rakan baiknya.

Dia sebenarnya berjumpa dengan teman lelakinya yang berasal dari Seri Menanti, Muar di restoran berkenaan sebelum ke hotel bajet untuk meraikan ulang tahun perkenalan mereka.

Bagaimanapun, gadis berasal dari Bukit Kepong, Muar itu akhirnya dicekup berkhalwat bersama teman lelakinya itu, awal pagi semalam.

Difahamkan, kedua-dua pasangan kekasih itu sering menjadikan hotel bajet terbabit lokasi memadu kasih bagi menyambut ulang tahun perkenalan pertama mereka.

Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, serbuan itu dilakukan oleh sepasukan Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL) adalah berdasarkan aduan awam.

“Penguat kuasa menunggu kira-kira lima minit sebelum remaja perempuan yang hanya membaluti dirinya dengan tuala membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.

“Pemeriksaan lanjut dalam bilik menemui seorang remaja lelaki tanpa pakaian sedang tidur di atas katil,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Pasangan itu ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

“Mereka dibawa ke Balai Polis Tangkak untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing.

“Mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” kata Sulaiman.

APA NAK JADI? Adik Sendiri Dicabul!!



Seorang penganggur dihukum penjara 12 bulan dan satu sebatan di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mencabul adik kandungnya minggu lepas. 

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin memerintahkan lelaki berusia 22 tahun itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap 10 April lepas.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Erry Shahriman sempat menasihatkan tertuduh supaya menjadi orang berguna yang dapat membantu keluarga.



Gambar Hiasan


"Sebagai abang sulung, kamu patut membantu keluarga dan menjaga adik-beradik dengan baik...kamu muda lagi dan adik kamu pun baru berusia 17 tahun dan dia juga ada masa depan.

Saya harap kamu dapat kotakan janji untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama," kata Erry Shahriman.

Tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap gadis berusia 17 tahun 10 bulan dengan niat hendak mencabul kehormatannya di dalam bilik rumah mereka di Salak Selatan, Cheras di sini pada 3 petang, 9 April lepas.

Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, semasa mangsa tidur di dalam bilik, tertuduh telah mengetuk pintu dan apabila pintu bilik dibuka, tertuduh terus masuk dan menolak mangsa sehingga terbaring di atas katil sebelum menindih dan mencabulnya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kee Wei Lon. - Bernama

VIDEO : APA Nak Jadi Budak-Budak Sekolah Sekarang!!! Ini Bukan Salah Cikgu!!!





Apa Nak Jadi..... Buka Tudung, Selak Kain. Huh!! Bab tarik rambut tu biasalah!!!




Jangan Golongan Guru Semata-mata yang dipersalahkan. Lihat sendiri perlakuan murid-murid zaman sekarang.

AMEK KAU!!! : Pemandu Teksi Di Penjara 48 Tahun, 11 Sebatan



Timbalan Pendakwa Raya Ooi Chean Ling memohon hukuman berat dikenakan terhadap Saravanan kerana mengambil kesempatan terhadap penumpangnya.

"Perbuatan tertuduh menjejaskan imej pemandu teksi di Malaysia serta menjejaskan imej keselamatan negara di kalangan rakyat tempatan dan pelancong," katanya.




Seorang pemandu teksi dijatuhi hukuman penjara berjumlah 48 tahun dan 11 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah melakukan seks oral dan merompak dua penumpangnya di dalam teksi tiga tahun lepas.

Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap dua pertuduhan seks oral dan dua pertuduhan merompak yang dihadapi M.Saravanan, 30.

Bagi setiap pertuduhan melakukan seks oral, dia dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dan lima sebatan dan penjara 15 tahun dan empat sebatan manakala bagi setiap pertuduhan merompak, hukuman penjara lapan tahun, satu sebatan dan sembilan tahun, satu sebatan.

Bagaimanapun, Saravanan hanya perlu menjalani hukuman penjara 16 tahun sahaja selepas Emelia Kaswati memerintahkan hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh tangkap 16 Jun 2011.

Beliau turut memerintahkan tertuduh diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun selepas tamat menjalani hukuman penjara itu.

Pada 5 April lepas, tertuduh dipenjara 12 tahun dan dikenakan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah terhadap tiga pertuduhan termasuk mencabul dan menyamun penumpangnya.

Dia kini dipenjarakan di Penjara Kajang.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Saravanan didakwa melakukan seks oral terhadap wanita berusia 29 tahun dan merompak wang tunai RM350, dua telefon bimbit dan seutas rantai emas putih milik wanita itu di dalam sebuah teksi di Jalan Metro Pudu 2, Fraser Business Park di sini antara 1.50 pagi dan 3 pagi pada 19 Julai lepas.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat pula, tertuduh didakwa melakukan seks oral terhadap wanita berusia 27 tahun dan merompak wang tunai RM1,700, komputer riba, telefon bimbit dan kamera milik wanita itu di dalam sebuah teksi di sebuah kawasan berdekatan Jalan Sultan Salahuddin, Off Jalan Mahameru di sini antara 7.30 malam dan 9 malam pada 9 Julai 2010.

Bagi pertuduhan melakukan seks oral, dia didakwa mengikut Seksyen 377c Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan manakala bagi pertuduhan merompak mengikut Seksyen 372 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda dan sebat.